HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

3 Mar 2014

A-Saloon menyediakan Ipad Mini FREE

 
Assalamualailum teman-teman sekalian.
Hari ni nak kongsi cerita tentang kedai gunting rambut yang dikenali sebagai A-SALOON.
Terletak di Level 3 di Paradigm Mall Kelana Jaya, kedai ini bertentangan dengan butik G-Shock. hah..jelaskan landmarknya.

Seperti biasa, kedai gunting rambut pasti menyediakan perkhidmatan menggunting rambut, mencuci rambut, dan macam-macam lagi hair treatment yang seperti kita sedia maklum.

Apa yang menarik dan lainnya kedai ini ialah pada setiap meja solek kedai ini disediakan IPAD MINI dengan internet connection yang sangat zazzzzz lajunya.
Hah, menarikkan.
Jadi takde lah boring sangat sementara menunggu tuh.
Kalau bawa anak-anak pun sekurang-kurangnya depa boleh duduk diam-diam

Terdapat juga sudut untuk MUSLIMAH yang bertudung dimana ruangan bertutup dengan langsir disediakan.

Menarik bukan?

Nak tahu lebih lanjut tentang A-SALOON di Paradigm Mall ini silalah kesana ye untuk mengetahui lebih lanjut promosi dan pakej perkhidamatan yang ditawarkan.
Berbaloi-baloi
 
 
A-Saloon di Paradigm Mall Kelana Jaya


Meja Soleknya


Ipad Mini di setiap meja solek


Ruangan untuk muslimah bertudung


Entrance A-Saloon


2 comments:

  1. bagus camtu kan... ada juga kedai makan yg sediakan tab utk customer dia

    ReplyDelete
  2. wow,, its a brilliant idea.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78