HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

20 Mar 2014

Day 2 : Bandung Trip Mac 2014 Bersama Family Hubby

Entry Day 2
 
Anda semua tentu sudah pun baca sharing DAY 1 jalan-jalan Bandung.
 
Hari kedua bermula seawal pagi yang penuh semangat nak "melabur" di Kota Bandung khasnya Pasar Baru.
Jam 7.30 pagi waktu Indonesia Barat, semua sudah siap bersarapan di Hotel Caryota.
Mana yang susah bangun pagi pun eh tetiba bangun awal uols..hahaha.
 
Bagi Mr. Husband saya, dia lebih gemar bersarapan di Bangi Kopitiam kerana rindukan teh tarik Malaysia. Kami makan roti stim cicah kaya pandan. Tu dia..sedapnya.
Vespa di Bangi Kopitiam tu memang trademark. Mesti posing yer.
 
Setelah selesai bersarapan, langsung kami serbu Pasar Baru.
PESANAN : Di sini ramai penyeluk saku, hati-hati ye.
Sampai di Pasar Baru masing-masing dok ralik tengok macam-macam barang jualan seperti telekung, T-Shirt, kain ela, kain lace, dan macam-macam lagi.
Berbelanja dengan bijak ye semua.
Jangan pulak nanti ada yang tuduh tuan kedai pukau uols pulak. hahahaha
 
Ok..Hampir 4jam berada di Pasar Baru (tapi itu sebenarnya tak cukup masa)
Yang lelaki semua dah boring Semua dah lapar katanya.
Kami kaum perempuan shopping rasa kenyang je. Haru sungguh.
 
Lunch kami pilih menu Kepiting Asap di Captain's Restaurant.
Memang sedap. Masakannya ala-ala seafood di Malaysia.
Harga pun berpatutan.
Kata adik-adik ipar "Sedapnyaaa..."
Alhamdulillah, semua enjoy makan kat sini.
Thank You to Amir and Tini kerana open table masa ni.
Moga murah rezki uols lagi ye.
 
Petang di Bandung hujan, selepas singgah ke Secret Factory Outlet, kami terus ke Sari Ater Hotel Resort & Spa di Ciater, Bandung.
Di sini suasana nyaman.
Bilik tak perlu penghawa dingin mahupun kipas kerana terlalu sejuk.
 
Di sini mandi di kolam air panas tu memang MESTI.
Air panas tersebut katanya datangnya dari panas Gunung Berapi yang berdekatan, Tangkuban Perahu.
 
Sarapan di Hotel Caryota

Posing dulu sementara tunggu yang lain-lain.

Ni nak lari kemana pulak ni dengan Vespa Bangi Kopitiam

France Lace Pasar Baru

Telekung Material Silk dengan Bag dan Sejadah


Prada Lace Latest 2014

My Biras, Siti Salwa pun terjebak shopping shawl

Contoh Tudung Bawal 2014  di Pasar Baru

Sedang periksa hasil belian. Cukup tak ni??


Lunch di Captain's Restaurant Bandung

Kepiting Asap menu utama di Captain's Restaurant Bandung


Bilik Bungalow di Sari Ater Hotel Spa & Resort Bandung


4 comments:

  1. rambang mata pulak tengok kain2 tu semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak pengsan tengok kain..hehe

      Delete
  2. Sakan kakak dlm tuh..can see her happiness...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang she enjoying the holidays. Lupa umi dia sat...haru

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78