HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

21 Mar 2014

Hati Unta Kering untuk merawat Lelah

Tahukah anda
 
Hati Unta Kering dikatakan dapat merawat pesakit lelah ataupun asthamatic.
Anakanda ke dua saya, Alif mudah kena lelah terutamanya apabila cuaca yang tidak menentu.
Kucing juga antara factor lelah yang sangat Alif alah.
Macam-macam kaedah perubatan saya ikhtiarkan.
Hati Unta Kering ini juga tidak salah kita amalkan.
InshaAllah.
 
 
Cara-cara pengunaan ( 1 ):-
Hati Unta ini diambil sekeping dan direbuskan bersama 3 cawan air sehingga ia menjadi satu cawan. Kemudian air itu diminum samada sekali gus ataupun jika tidak boleh, minumlah sedikit sedikit sehingga habis, air rebusan ini boleh disimpan didalam peti sejuk. Baki hati unta yang direbus tadi hendaklah disimpan didalam peti sejuk juga untuk mengulangi proses rebusan tadi sehingga 3X dan kemudian baki hati unta tadi bolehlah dimasak bersama sama makanan untuk dimakan, jangan dibuang hati unta yang baki itu.


Cara-cara pengunaan ( 2 ):-
Hati Unta ini diambil sekeping dan digoreng tanpa minyak sehingga ianya betul betul garing dan kemudian ditumbuk halus lalu ditaburkan dalam nasi/bubur yang hendak dimakan.
Boleh juga dicampur dengan air suam dan diminum.
 

 
Hati Unta

Label Hati Unta dalam paket plastik

Hati Unta Kering
 
Alhamdulillah, Thank You to my Brother inlaw Zabri kerana belikan Hati unta ini semasa beliau mengerjakan umrah Februari 2014 yang lalu. Harga sepaket yang mengandungi 7 keeping Hati Unta ini ialah 10 Riyal

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78