HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Mar 2014

Kem Cuti Sekolah Aktiviti untuk Aiman

Cuti sekolah telah pun bermula dari 21 Mac 2014 hingga 30 Mac 2014.
 
Bersempena dengan cuti sekolah yang singkat ini, saya telah mendaftarkan anak sulong saya, Aiman Faris 11 Tahun untuk menyertai program Kem Cuti Sekolah "Pemantapan Aqidah, Fardu Ain & Motivasi Pelajar"
 
Program yang dianjurkan bersama oleh Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya bersama Nova Q &Services  Consultancy
 
Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam memerlukan peserta bermalam di situ.
Antara inti program ialah Perbaiki Solat, Qiamullail, Tasmik, Bacaan Doa serta Terapi Zikir.
 
Apa yang menyentuh hati ialah semasa segment di hari ke-2 iaitu Rumusan Program Bersama Ibubapa.
Pada masa ini, setiap peserta diminta menyerahkan buku kuning.
 Didalam buku tersebut telah di suruh oleh Fasilitator agar peserta tuliskan apa hasrat para peserta ini terhadap kedua ibubapa.
Pelbagai catatan diperolehi dari anak-anak ini.
Ada yang memohon ampun maaf,
Ada yang berjanji untuk menjadi anak yang terbaik
Ada yang berazam untuk berubah sikap.
 
Eh, segment ini Berjaya menyentuh hati Aiman. Menangis dia semasa menyerahkan buku kuningnya. Apa yang Aiman tulis tu biarlah menjadi suatu catatan berharga buat saya dan suami.
 
Apa sekalipun, Aiman kena tahu Mak dan Abah sentiasa mendoakan agar Aiman, dan adik-adik, Alif serta Aina sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah. Mak sentiasa Ampun kan salah silap anakanda sekalian.
InshaAllah
 
 
Day 1
 
Kem Cuti Sekolah di Kelana Jaya

Aiman bersiap

Posing dengan Aiman dulu sebelum ke Kem Cuti Sekolah

Posing selepas pendaftaran

Antara yang telah hadir awal

Aiman segak posing di dalam Masjid berlangsungnya Kem



Day Two
Aiman bersama teman-teman peserta Program

Penyerahan Buku Kuning, Akur Janji

Aiman Sebak dengan pengakuan ikhlasnya. Ampun maaf dipinta ayahbonda

Ok..mak pun sebak ye.. Ni semua semulajadi hati tersentuh.

Posing dengan sijil penyertaan

Aiman Faris Bin Adli Lutfi
Ketua Fasilitator, Ustaz Fizo


Semua yang hadir turtu dijamu dengan Nasi Minyak

Solat Berjemaah Zohor

Anakanda Aiman dah besar. Tak lama lagi tinggi dari mak dah ni.
Jadi anak yang soleh ya. Doakan mak dan abah nanti. Jaga adik-adik ye


5 comments:

  1. Assalamualaikum kak, alhamdullilah. bagus program camni.. selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  2. Wah.. seronoknya dia dapat manfaatkan cuti sekolah....

    ReplyDelete
  3. bagus Fuza hantar anak masuk program camni..In Sha Allah..Aiman akan jadi anak yg soleh..harapan keluarga..:)

    ReplyDelete
  4. cuti2 sekolah ni bagus ada pengisian yang semacam ni untuk anak2 dari membuang masa jer kan?

    ReplyDelete
  5. bagus dapat isikan cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah seperti ni...selain dapat menambah ilmu dapat juga menambah kawan baru :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78