HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Mar 2014

Keperluan Bilik Penyusuan Bayi di Pusat Membeli-belah


Sedarkah anda bahawa kebanyakan pusat membeli-belah di Malaysia kebanyakannya telah menyediakan BILIK PENYUSUAN?

Alhamdulillah, saya tumpang gembira kerana service seperti ini diadakan.
Bukan setakat di satu tingkat sahaja, malahan disediakan di beberapa tingkat.

Teringat pada suatu ketika dahulu saya menyusukan Aina.
Aina memang total breastfeeding.
Kadang-kadang saya terpaksa menyorok di ruangan Fitting Room untuk menyusukan Aina kerana sebelum ini tidak disediakan BILIK PENYUSUAN seperti sekarang.

Nak bancuh susu pun dulu terpaksa beli air panas dari restoran.
Nak salin pampers pun selalunya di dalam kereta sahaja.

Keadaan ini akan mneyebabkan bayi tidak selesa, malahan kita yang nak menguruskan tu pun jadi kurang sempurna.

Semoga dengan adanya BILIK PENYUSUAN seperti ini dapat menggalakan pengambilan susu ibu dikalangan bayi di Malaysia. Selain itu kemudahan untuk mendapatkan air panas dan air suam untuk membancuh susu juga disediakan.
Terdapat juga ruangan tilam untuk memudahkan menyiapkan bayi anda.

Sama-samalah kita menjaga kebersihan kemudahan yang disediakan ini demi kepentingan kita bersama.

Gambar-gambar dibawah saya rakamkan dari Paradigm Mall Kelana Jaya, Selangor.
Lambang botol susu digunakan untuk label Bilik Penyusuan

Entrance to Feeding Room
Ruang yang selesa di dalam Bilik Penyusuan

Bilik untuk Penyusuan bayi
Hormatilah kaum ibu ye.

3 comments:

  1. Assalamualaikum kak. wahh bagusnya. sheila tak pernah masuk paradigm. ehhee... bagus kan ada nursing room... sheila singgah klik tabung akak ye ~~~

    ReplyDelete
  2. memang penting dan perlu ada ni fuza...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78