HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

3 Apr 2014

Cadbury Dairy Milk BELUM Tamat Tempoh Berkulat

Salam sejahtera semua.
Tea time sure macam-macam yang dok teringin nak makan itu ini.
Kepada yang gemar lepak santai makan coklat, meh saya nak cerita.
 
Semalam saya telah isi minyak di station minyak berhampiran.
Sementara nak bagi penuh, saya ke kedai Select.
Membeli coklat, roti, dan beberapa minuman,
Memang sudah menjadi kebiasaan saya akan semak tarikh luput sebelum membeli.
 
Sampai di rumah, saya terus mencari Cadbury Dairy Milk tadi.
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat coklat kesukaan saya berwajah baru!!!!!!
Permukaan coklat bertukar warna. Umpama diselaputi kulat. Tarikh luputnya masih jauh iaitu 2 bulan tarikh saya beli, 2/4/2014
Subhanallah.
 
Ramai yang menyuruh saya buat laporan dan claim semula.
Saya kata tidak mengapa kerana harganya pun dalam RM5 sahaja.
Lagipun segala bahan bukti telah pun saya buang kerana risau anak kecil saya Nampak dan masih mahu makan. Apa budak faham kan.
 
Pesanan saya, berhati-hati semasa membeli.
Berwaspada semasa nak makan.
Tengok betul-betul terutama nak bagi anak-anak makan.
 
Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.
 
 
 
Walaupun tarikh luputnya dua bulan dari hari ini, tetapi kondisi coklat ini memang sangat menduka-citakan



Perlukah saya buat laporan?
 Tetapi segala bahan bukti saya dah buang kerana terdesak takut anak kecik saya meronta nak makan juga.


27 comments:

  1. maigodd..sayangnyee..!
    mungkin bukan rezeki kan...
    lepas ni miza pun kena hati-hati jugak..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..tak apa lah xdapat claim
      Asalkan semua tak sakit perut kan

      Delete
  2. kena buat laporan juga tu.. nanti pelanggan lain pula yang terkena.. mungkin gambar tu boleh juga dijadikan bukti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiza tu lah tu...
      Akak tengah fikir ni nak report ke tak nak

      Delete
  3. buat report kak, jangan biarkan ni mesti terlepas qc ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah apa puncanya..
      Silap label ke
      silap penyimpanan ke

      Delete
  4. knapa g mtk ganti rugi..sayanglah k.fuza walupon RM5.00..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...
      Bila tengok macam ni terus gelabah dan buang
      Takut keluar cacing ke ulatkan...

      Delete
  5. Gitu rupanya kalau dah expired.. Buat reportlah kak Fuza ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..dah bertukar warna
      Jangan keluar siput udah hehehe

      Delete
  6. teruk nyer ... report je fuza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suki..Tak tahu nak report ke mana.
      Sebab bahan bukti semua dah kena buang

      Delete
  7. macam mana ye jadi begini sedangkan belum luput lagi , kak ana rasa pernah terbaca tentang entri cadbury juga yg jadi begini sebelum expired date,tapi kak ana tak ingat kat mana samada blog atau FB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...terkena pada saya. Tak apa lah. yang penting anak2 tak sempat jamah lagi. Selamat

      Delete
  8. hmmmm hilang selera jap nak makan coklat.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi takut pulak walaupun dah berhati2..

      Delete
  9. sis...puteri rasa elok sis buat report atau gi semula ke kedai tu dan beritahu mereka. Mungkin gambar ni juga boleh dijadikan bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? Nanti Akak try Tanya k..

      Delete
  10. hi..singgah baca entry dan follow awak :)

    ReplyDelete
  11. sayangnyer.. try ajer kot buat reposrt..guna gambar sebagai bahan bukti...risaukan kalau anak2 kita termakan...x tau apa yg terjadi dlm perut diaorang plak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya Fuza cuba gigit..memang dah lain rasanya.. Terus ludah semula

      Delete
  12. kalau selalu macam ni kenalah buat report,
    tapi selalunya bila dapat tahu bukti dan tak ada.

    ReplyDelete
  13. Salam, cuba google tentang Cadburry Silk pula. Banyak review dan kes ttg jenis ni jugak baru2 ni,

    ReplyDelete
  14. mmg xleh caya sgt expired skank ..huhu T.T

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78