HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Apr 2014

Petua atau MITOS Tips untuk mudah rancang kehamilan

Nak mudah hamil laga perut ataupun curi senduk???
 
Petua atau Mitos???
Rasanya tajuk ini mesti ramai peminat. Pernah tak dengar tentang fakta ataupun auta ini??
 
 
Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman saya sendiri.
 
Dalam tahun 2007, teman sepejabat saya, Kak Eliz mengandung anak perempuan katanya.
Cuba tengok gambar tu, saratkan.
Saya pada masa itu sudah mempunyai 2 orang hero. Teringin sangat nak heroin.
Lagipun arwah Ummi mertua pada masa itu sering bercerita tentang cucu perempuan.
Nak jadikan cerita, semua suruh saya ambil berkat dengan melagakan perut dengan Kak Eliz.
Eh memang tergolek-golek kot nak gelak rasanya. Yelah, tak pernah kot dengar pasal laga perut untuk dapat baby.
Nak tak nak, dah teringin sangat nak anak perempuan, makanya saya pun lagalah perut dengan Kak Eliz.
 
Pada 8/8/2007 Kak Eliz telah bersalin anak perempuan debab comel, Zeti namanya.
 
 

Laga perut untuk mood mudah pregnant. Betul ke bohong?
 
Curi senduk di rumah yang ada ibu berpantang untuk mendapat anak perempuan.
Betul ke bohong?
 
Ada juga yang cakap, nak anak perempuan, beranikan diri pergi curi senduk di rumah orang yang berpantang anak perempuan. Masa tu kebetulan Tuti dapat baby girl tahun 2007 tu. Saya pun pergilah melawat baby Nuha. Eh sempat tau curi senduk dari dapur rumah Tuti. Hahaha.
Tapi saya pencuri yang baik, sebelum pulang, saya telah pun memulangkan semula senduk tersebut.
 
 
Akibat daripada kes laga perut tadi. Setahun kemudian ini gambarnya. hahahaa
Jenjeeeejenggg.
Alhamdulillah, kebetulan agaknya. Setahun selepas laga perut dengan Kak Eliz, saya pun dah sarat tu hah. 1/7/2008 saya telah selamat melahirkan anakanda Aina.
Kenangan laga perut tu memang tidak dapat saya lupakan.
Alhamdulillah, ada juga gambar-gambar ini untuk dijadikan kenangan.
 
 
 
Berikut beberapa petua yang pernah dikongsi oleh rakan-rakan dan keluarga berkaitan dengan kesuburan dan bayi.
Lelaki
Untuk mendapat anak lelaki:
• lebihkan memakan makanan laut
• lakukan hubungan kelamin pada waktu malam
• lakukan hubungan kelamin selepas sahaja selesai haid
 
Tetapi  sebenarnya semua itu ada kaitan dengan pemakanan kita, ada terbaca sekiranya kita banyak makan daging dan ayam boleh cenderung dapat anak lelaki kerana daging dan ayam panas dan mempengaruhi benih sperma lelaki. Betul ke...??
 
 
 
Perempuan
Untuk mendapat anak perempuan:
• makan makanan yang berasid seperti limau, asam, nenas, cuka dan air minuman bergas
• elakkan memakan makanan laut
• lakukan hubungan kelamin sebelum waktu subur untuk mendapat anak perempuan
• jika berani, curi senduk dari rumah sesiapa yang sedang dalam berpantang baby girl.
 
 
Kalau nak dapat anak perempuan pulak kena banyak makan ikan, sayur dan benda-benda  masam seperti  buah orange, buah mangga, tak kiralah yang masam-masam, tapi jangan pulak makan jeruk yang dijual kat kedai...tak bagus sebab banyak pewarna nanti membahayakan anak dalam kandungan
 
 
Mitos: Walaupun petua-petua ini terlalu kerap diperkatakan, namun tiada kajian perubatan yang dapat mengesahkannya, sama ada makanan yang diambil atau pilihan masa hubungan kelamin dilakukan.
 
 
Apa pun semuanya atas ketentuan Allah Taala. Dia lah yang Maha Memberi lagi Maha Mengetahui setiap sesuatu.

 
 
 

 

12 comments:

  1. serious part laga perut dan curi senduk tu tak pernah dengar kak, ni baru pertama kali tau... hik hik hik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..
      ni memang petua mai dari mana pun tak tau.
      Tapi memang selalu akak2 opis tu cakap :)

      Delete
  2. Assalamualaikum kak fuza, first time dengar pasal curi senduk tu. kuikuiiii. nanti lagi setahun dua boleh cuba petua ni. hehehee singgah menabung michelin sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..lawakkan. Tapi semua tu kebetulan dengan izin Allah

      Delete
  3. Nampak gaya saya kena pi laga perut dengan siapa yang pregnant anak popuan nih kalau anak anak popuan hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza... Hah...tulah..p curi senduk umah Tuti, dia discaj hari ni. Baru dapat bb Girl tu :)

      Delete
  4. *nak anak tu tersilap taip pulak doh...

    ReplyDelete
  5. Tula..xblh curi senduk umh u dulu2 sbb u dh ada aina..ngeee..saje sakat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umah I xd lagi so tak de senduk.hehehe

      Delete
  6. Haha mmg first time dgr curi senduk n laga perut ni... owhh next time nk try usaha dpt anak lelaki plak..tapi semuanya rezeki Allah yg bagi. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..Rezki dariNYA. AMIN

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78