HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 May 2014

Apabila Malang Tidak Berbau Angkara Pisau Cukur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tiba lagi hari Jumaat nan indah.
Alhamdulillah.
 
Tetapi cerita yang saya nak share sekarang ni tidak lah begitu indah.
Sebenarnya kejadian berlaku pada jam 1.30am 9/5/2014.
 
Selepas selesai menonton movie, saya pun langsung ke bilik air untuk cuci muka, gosok gigi sebelum masuk tidur.
Semasa menuju ke dapur itu, melintas seekor tikus yang agak besar menyorok di bawah mesin basuh. Terkejut pulak saya dating dari mana pulak Tikus ni.
Hah bukan TIKUS itu yang melukakan kaki saya secara langsung ye.
 
Selepas melintasi mesin basuh,saya nyalakan lampu bilik air, sambil melangkah masuk.
Pada masa itu lampu belum menyala sepenuhnya.
ADOIIIIIIII.......SAKITNYAAAA....
Tiba-tiba saya meraung!!!
 
Kaki saya terpijak sesuatu dan semuanya berlaku dalm sekelip mata.
Apabila lampu menyala sepenuhnya, saya dapati, pisau cukur berada di lantai. Dan melekat dikaki saya.
Subhanallah.
 
Selalunya pisau cukur kepunyaan abah saya tersebut akan di letakkan di atas cermin bilik air. Walaupun hujan ribut macam mana sekalipun pasti tidak akan jatuh.
Kebetulan pula menurut abah dia baru sahaja menggantikan mata pisau tersebut petang semalam. Memang tajam ya amatlah kan.
 
Makanya, kami membuat kesimpulan, kemungkinan tikus tadi telah memasukki ruangan dapur melalui tingkap tersebut lalu telah menjatuhkan pisau cukur tersebut.
 
Nasib baik kena pada saya. Kalaulah anak-anak yang berlari masuk ke bilik air tu...Nauzubillah.
 
Pada mulanya tiada pendarahan langsung.
Elok je saya berjalan sampai ke bilik.
Tetapi apabila lihat ke lantai, Subhanallah...banyaknya darah menitik.
Abah saya telah mengambil ubat cuci, dan cuba menghentikan pendarahan.
Semakin lama semakin banyak pula darah, dan saya pun dah mula terasa sakit pedih tu.
 
Terus saya ke Unit Kecemasan di Klinik 24jam berdekatan.
Di sana luka saya dicuci.
Menurut Doktor lukanya agak dalam.
Teknik gam dilakukan. So tak perlu dijahit.
Sebanyak 2 tiub gam telah digunakan.
Pedih tu hanya Allah je yang tahu.
Doktor juga memberikan saya suntikan untuk mencegah sebarang kemungkinan.
 
Makanya, bertampallah kaki saya ni untuk 2 hari supaya gam tersebut kering.
Doakan Fuza cepat sembuh k.
 
Kesimpulannya, kalau dah nak malang, memang tidak ada siapa yang tahu.
MALANG TIDAK BERBAU 
 
 
Kaki yang luka berdarah tanpa henti

Nampak sikit, tapi belahan luka tu dalam sampai celah jari permukaan atas kaki.

Luka yang telah pun dicuci masih berdarah dengan banyak.

Teknik gam digunakan bagi menggantikan kaedah jahitan.

Siap dressing.

Suntikan pencegahan. Sakit wooo dah lama tak kena injection.

Pain killer, Antibiotic, Antibiotic Cream dan Ponstan.
Inilah dia Pisau Cukur kepunyaan abah yang telah "memakan" kaki saya.
 
*misi hari ini.....Di mana kau nyorok wahai TIKUS!!!!!*


24 comments:

  1. Tgk pn dah tau mesti sakit... :( semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. memang menakutkan... yangbaik memang takut kalau terserempak dengan kejadian sebegini.
    Semoga segera pulih.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..memang gerun, tapi dah kena pada diri sendiri...Ku tahan jebat..hehe

      Delete
  3. mcm terasa pulak kesakitan sis..moga cpt sembuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..memang berhrap akan cepat sembuh :)

      Delete
  4. sakittt..hati2 yer kak..jangan banyak jalan sementara luka betul2 nak sembuh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..tulah, kekok rasanya. Dah biasa jalan lelajukan

      Delete
  5. Uits..
    Btul2 sakit tu..
    Cant imagine..
    Smoga cpt sembuh ye u

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq u,,memang sakit yang tak terkata

      Delete
  6. arghhhh... tak boleh2... *takut tengok*.. hhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..macam berlakon je rasanya

      Delete
  7. yang membaca pun dah ngilu ni..sabar ye..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. sakitnya Fuza...yelah malang tak berbau..itulah dia fikiran kita ibu ni..selalu rasakan 'nasib baik kita yang kena bukan anak-anak kan ..'..kak ana doakan sembuh sediakala secepat mungkin ..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ KAK
      Memang bersyukur tak kena pada anak3

      Delete
  9. fuza,,
    sori kita pas cepat2 gmbr terus ke komen..

    rasa pening tgok darah..
    oh berhati2 lah..plez.
    guna cukur yg pakai buanglah..
    gerun sungguh..
    aduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry kot gambar buat u gerun..
      Memang tak sangka nak kena kan

      Delete
  10. wah! Bahaya juga pisau cukur jenis ni,elok pakai yg jenis disposable,lebih selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..selama ni memang tak pernah jatuh kerana memang letak sangat jauh dan memang Mustahil akan jatuh

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78