HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

29 May 2014

Daulat Tuanku Sultan Perak Ke-35 Sultan Nazrin Shah

 
Daulat Tuanku Sultan Perak Ke-35 'DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
 
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah pada 29 Mei 2014.
 
Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
 

 
 
 Photo Ihsan GOOGLE
 
Daulat Tuanku
 
 
 
*My grandparents berasal dari Perak dan arwah Atok, Othman Bin Alang Jaafar pernah bercerita tentang salasilah keuarga Kesultanan Perak kerana pernah terlibat dengan istana.
 
Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Roh Al-Marhum Sultan Azlan Shah.
AlFatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78