HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 May 2014

Pelamin Tema Vintage Garden ala-ala pelamin sempoi 2014

Assalamualaikum semua.
Hujung minggu yang penuh dengan jemputan Walimatul Urus

Ini cerita 10 Mei 2014
Majlis Perkahwinan adik sepupu lelaki, Zainal Fitri Bin Zainal Ariff dengan pasangannya Syafiqah telah berlangsung dengan meriahnya di Shah Alam.
Alhamdulillah. Tahniah kepada tuan rumah, yang merupakan makcik saya kerana majlis berjalan lancar.

Ramai tetamu terkandas pada waktu makan kerana hujan lebat secara tiba-tiba tepat jam 1.30 tengahari. Masakan yang dihidangkan memang sedap.

Walaubagaimanapun, apa yang menarik untuk saya ceritakan disini ialah PELAMIN.
Cuba anda peratikan konsep pelamin vintage ala-ala tema Taman Candy.
Konsep yang di ketengahkan memang sangat bersahaja.
Sehinggakan ramai tak perasan bahawa itu adalah PELAMIN.

Selalunya PELAMIN pasti dihias dengan bunga pahar.
Tetapi tatahias PELAMIN kali ini dengan hiasa barangan lama seperti telefon lama, kamera lama, piring hitam lama, mesin menaip lama dan macam-macam lagi barangan lama. Khemah pula dihiasi dengan berates belon yang diisikan dengan gas Helium.

Selain itu ada juga persembahan dari badut yang memeriahkan suasana. Memang leka kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dek Badut tersebut.
Menarikkan.

Semasa kenduri macam ni selalunya sedara dari jauh dekat akan berkumpul.
Sempatlah juga saya berposing dengan beberapa adik-adik sepupu.
Saya adalah kakak sepupu yang sulung diantara 13 orang sepupu yang lain

Jom layan gambar-gambar posing saya sekeluarga.
 
Candy Corner
 
Pintu Masuk ke Khemah Makan.

Bergambar bersama sepupu perempuan,
L-R Nieda Hashim, Nina Hashim & my sis Rahimah Musa
 
Pelamin Vintage Garden

Pelamin Moden 2014

Sudut Vintage di sisi Pelamin

Sudut Pelamin

Badut sedang beraksi dengan silap mata

Saya dan anakanada hero-hero. Heroin tak tau lah p mana, dah dapat gang

Posing ngada-ngada. Me and cousin, Haslina Hashim

Me and my youngest sister, Rahimah Musa

Dengan bantuan Monopod

Selfie dengan bantuan Monopod

Pinjam posing. Bukan nak bunga tu, tapi nak coklat dalam bunga tu

Zainal Fitri dan Syafiqah, Selamat Pengantin Baru
 
 
 


18 comments:

  1. selamat pengantin baru kasen akak..wahhh memang ala2 vintage gitu

    ReplyDelete
  2. Wahhh betul2 vintage ya.. cantik, nampak simple and nice mata memandang.. lain dari yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pelamin sempoi... ingatkan kebun apa..hehehe

      Delete
  3. konsep yang memang menarik...selamat pengantin baru buat cousin sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Puteri Kasih... dapat adik sepupu baru lagi...

      Delete
  4. memang pelamin vintage sangat....lain dari yang lain...nanti ada yang tiru tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time tengok pelamin macam tu kan. Nanti jadi trend

      Delete
  5. Lain daripada yang lain sempoi aje hihihi...

    ReplyDelete
  6. kreatif idea mereka. cantik pelamin tu

    ReplyDelete
  7. unik tema majlis ni Fuza...yang posing manja tu yg paling cun puan fuza kita ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tergelak saya kak... :)

      Delete
  8. As Salam nice pelamin vintage...

    Bagi bakal2 pengantin yg ingin mencari catering..bole visit http://www.ibundacatering.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      wah kena warwarkan ni..

      Uols semua..sila visit link tersebut k

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78