HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 May 2014

Resepi Puding Susu Buah-Buahan

Alhamdulillah, setelah terlihat resepi ini di Facebook, terus saya mencuba.
 
Resepi Puding Susu Buah-Buahan
 
Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

 
* 1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
* 2 biji telur
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan gula
* 2-3 sudu besar tepung kastad
* 1 tin fruit cocktail

Cara - Cara Membuat :
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

Untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan
1 sudu tepung kastad. campurkan sahaja dan disimpan di dalam peti sejuk.
Bahan-bahan Puding Susu Buah-buahan

Toskan buah-buahan koktail

Pukul telur hingga kembang

Buah-buahan dimasukan ke dalam bahan yang dimasakkan di atas api perlahan

Masukan bahan kedalam Loyang. Sejukkan

Puding Susu Buah-buahan siap untuk dimakan

Curahkan kuah kastard semasa dihidangkan
 
 
 Thank you to Resepi Pastry kerana sudi share resepi yang mudah ini.
https://www.facebook.com/ResepiPastry


14 comments:

  1. wahhhh..senangnya resepi ni. bleh try buat utk famili.
    cewahhh. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je..campak je semuanya..hehe..Try k :)

      Delete
  2. mcm sedap je..nak buat juga la nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je bahannya. Campak2 je. Cuba tau :)

      Delete
  3. sedapnyee kak fuza.. yummy! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. kena plak dengan kuah kastard tu... Kena sejuk tau baru sedap

      Delete
  4. Replies
    1. makan while sejuk memang nyum nyummm :)

      Delete
  5. sedapnya..blh try buat ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78