HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

21 Jun 2014

Anggur Di Kelana Jaya, Selangor

Selamat berhujung minggu sahabat sekalian.
Apa aktiviti anda?
 
Seawal pagi ramai yang berjogging. Mengambil udara segar. Segarkan fikiran. Segarkan permandangan.
 
Bercerita pasal segar, saya nak kongsikan cerita permandangan SEGAR dari rumah jiran saya, kakak Emily Khoo.
Kakak Emily telah berjiran dengan kami sejak mendiang ibubapa mereka menetap di Kelana Jaya pada tahun 1980.Mereka sudah umpama keluarga kerana semangat kejiranan yang sangat baik.
 
Kakak Emily memang suka bercucuk tanam. Dari bunga orkid, pokok bonsai serta rumput karpet.Paling menarik, Pokok Anggur.
 
Pokok Anggur Hijau ditanam di tepi pagar rumah sahaja.
Memang sudah lama pokok ini mereka tanam.
Tapi baru-baru ini pokok Anggur Hijau tersebut berbuah!!
Walaupun rasanya tidak lah meletop seperti anggur yang dijaul di pasaran, tetapi merasa juga makan anggur dari bumi Malaysia.
Anggur hijau kecik sedikit masam.
 
Wah terasa macam duduk di seberang laut pulak uols.
Yelah, selalunya buah anggur kita "kutip" di pasaraya sahaja. hehe
 
Alhamdulillah, Malaysia Tanahair Ku. Bumi bertuah.
 
 
Pokok Anggur
 
Anggur Hijau
 
Anggur Muda


6 comments:

  1. salam sabtu kak!!! tiba2 terasa nak tanam anggur pulak...he he he...mana tau kot2 menjadi kannn???

    ReplyDelete
  2. wah...kalau gitu saya pun nak start menanam anggur la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah dah dapat hasil nanti pos skit tau :)

      Delete
  3. dah berbuah nanti pos kat Azwar k. Azwar sekarang tanam pokok naga je depan rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish itu pun sedap tu Azwar.. :)

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78