HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Jun 2014

Bulgogi Brothers Korean Burger di Paradigm Mall Kelana Jaya

Assalamualaikum.
Waktu lunch hampir tiba.
Makanya amat sesuai dengan entry tentang Bulgogi Brothers Korean Burger
 
 Pada 18 June 2014, saya telah menerima BE yang ke 7 dari Nuffnang berkenaan dengan  burger marbeles ini.
 
Sememangnya itu adalah pertama kali saya mendengar nama burger tersebut.
Saya telah melayari website Bulgogi Brothers Korean Burger

Eh tak sangka pula di Paradigm Mall ada restaurannya.
Memang dekat lah dengan rumah Fuza.
Makanya, Fuza telah kesana mencari dimanakah letaknya kedai tersebut.

Memang jenuh saya cuba mengingatkan dimana agaknya letaknya kedai ini.
Pusing- punya pusing, rupanya kedai ini terletak di kawasan lapang dimana air pancut berirama sering diadakan.

Pada mulanya saya tidak pula merancang untuk pergi makan kerana hanya mahu tahu dimana kedainya.
Tetapi Aina nak juga masuk.
Makanya kami pun masuk untuk buat pertama kalinya.

Pelayan restauran memang sangat peramah.

Setelah melihat-lihat menu, saya pun mencuba dua burger yang sangat popular di situ.
Maaflah saya memang tak ingat nama burger tu. Agak pelik kot nak ingat dan sebut.

Bagusnya kedai ini, sementara menunggu pesanan, aktiviti mewarna disediakan untuk anak-anak kecil.

Makanannya memang sedap uols.
Tak reti saya nak kabarkan.
Cuma pada saya agak peliklah dengan citarasa menu Korea ni.

Sepanjang berada di dalam restauran semuanya berlangsung dengan aman.
Order sampai awal.
Makanan masih panas.
Suasana kedai yang mendamaikan.
Cuma saya ingin mencadangkan agar disediakan menu untuk kanak-kanak dengan bahagian makanan yang lebih sedikit dan kecil supaya tidak membazir.

Kepada penggemar burger, silalah mencuba menu di Bulgogi Brothers Korean Burger di Paradigm Mall Kelana Jaya
 
http://fuzamusa.blogspot.com/2014/06/cpuv-by-bulgogi-brothers-korean-june.html
Papan tanda di tepi escalator di Brand Outlet ada memaparkan Korean Burger ini.

Pintu masuk ke restaurant Bulgogi Brothers Korean Burger
 
Aina memilih menu untuk pesanan pertama kali

Aktiviti mewarna untuk anak-anak

Yummy,,,,Bulgogi Brothers Korean Burger - Bibimpap Burger


Burger Unyang

Laci yang menarik untuk menyimpan Gula, boring kaji selidik dan  tisu basah

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/06/cpuv-by-bulgogi-brothers-korean-june.html
Jom ramai-ramai ke Bulgogi Brothers Korean Burger di Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor
  
Untuk Maklumat lanjut, layari http://www.bulgogibros.com.my/


10 comments:

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78