HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

5 Jun 2014

Gathering bersama teman sekelas dari Sekolah Menengah (Perempuan) Sri Aman, Petaling Jaya

4th June 2014, Avenue K, Kuala Lumpur
 
Berlangsungnya pertemuan antara kami, rakan sedarjah semasa di sekolah menengah.
Kami ke Sekolah Menengah (Perempuan) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
 
Setelah tamat SPM pada tahun 1993,masing-masing dengan hala tuju sendiri.
Ada yang sambung belajar di Universiti tempatan, di Universiti Luar Negara, ada yang telah pun bekerja ada juga yang terus mendirikan rumah tangga.
Pada masa tu, masa ada Facebook, Instagram atau apa juga medium ICT. Jadi terputus hubungan diantara kebanyakan kami.
 
Kebetulan, bulan Jun ini Evelyn yang kini menetap di England, pulang ke tanahair kerana bercuti. Kami merancang suatu gathering ringkas untuk berkumpul.
Ramai yang tidak dapat menyertainya kerana bertugas, dan ada juga diantara kami yang telah pun migrate ke luar Negara.
 
Alhamdulillah, walaupun hanya kami berenam sahaja, tetapi kami dapat meluangkan masa dengan penuh bermakna. Gelak, ketawa, berkongsi tip penjagaan anak-anak, dan pelbagai lagi cerita yang kami kongsikan bersama.
 
Makan tengahari di Sushi Zanmai Avenue K, menggamatkan suasana restauran dengan gelak tawa kami. Semua ada cerita masing-masing yang hendak diceritakan.
Mungkin kami akan mengadakan lagi pertemuan seperti ini lagi di masa yang akan datang.
 
Terima kasih semua for the great time, Evelyn Ng, Azrin Zuhdi, Daphne Chiam, Yen Chi Ling dan Wan Marlini Abdul Rahman
 
 
Sushi Zanmai
 
Azrin Zuhdi, Daphne Chiam, Mahfuzah Musa, Evelyn Ng, Wan Marlini and Yen Chi Ling
 
Smiley Faces
 
Setelah 21 Tahun baru bertemu semula
 
Sushi Zanmai Avenue K, nearby KLCC

Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman Petaling Jaya, Tingkatan 5KT4 1993
 


8 comments:

  1. Akak senior adik saya rupanya, dia pon sekolah Sri Aman tapi SPM tahun 2000...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke? Masa tu Sri Aman memang terkenal

      Delete
  2. bestnya dapat jmpe kawan2..lama dah tak jmpe kawan lama nih

    ReplyDelete
  3. memang seronok dapat gather2 semula dgn old class mate, macam2 nak dibualkan...best sgt..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua orang rasa nak bercakap je Kak...hehe

      Delete
  4. Seronok dpt jumpa kawan2 lama kn kak.. Pastu sembng buka cerita psal knangan sekolah..mesti rindu.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78