HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

21 Jun 2014

Jangan ambil mudah dengan FIBROID

Assalamualaikum
Innalillah, Ini cerita simpati.
 
Pagi tadi saya telah mendapat tahu bahawa, makcik Mr Husband telah menjalani pembedahan. Agak terkejut kerana selama ini tidak pulak nampak dia tak sihat.
 
Saya terus mengajak emak untuk melawat Mak Ngah di Hopital Pantai, Bangsar Kuala Lumpur.
Sesampai je di Hospital, kami terus mencari Block D.
Suasana hospital memang canggih dan sistematik. Mak Ngah berada di bilik 12, tingkat 3.
 
Pembedahan apa?
Sebenarnya Mak Ngah telah menjalani pembedahan membuangkan 11 ketul FIBROID.
Hah..terkejut kan.
Subhanallah.
 
Menurut Mak Ngah, dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan FIBROID ini.
Mana tidaknya, ukuran FIBROID yang paling besar ialah 14x8 cm. MasyaAllah. 
Kata Mak Ngah lagi, antara punca yang menyebabkan dia hendak rujuk Pakar Sakit Puan ialah apabilia kerap mengalami senggugut yang agak teruk semasa datang bulan.
Dia juga mula was-was apabila mendapati perutnya semakin keras dan buncit tak semena-mena. Dia juga sering terasa seperti gastrik, perut masuk angin.
 
Pembedahan tersebut mengambil masa 4 jam. Sebanyak 4 tempat telah di tebuk untuk mengeluarkan FIBROID tersebut.
Buat masa ini Mak Ngah terpaksa menjalani pantang yang ketat demi kesihatan beliau untuk hari mendatang.
 
Kami sekeluarga mendoakan agar Mak Ngah cepat sembuh.
 
Hospital Pantai, Bangsar
Aina pun melawat


Ketulan FIBROID yang dikeluarkan.

GET WELL SOON

 
GEJALA
Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut, keguguran dan infertiliti. Ini adalah kerana fibroid yang membesar kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).

 
NASIHAT
*Sila lakukan pemeriksaan berkala dengan Pakar Sakit Puan
*Senggugut perlu diambil berat kerana kesan berpanjangan mungkin memudaratkan.
*Fibroid yang bahaya boleh menyebabkan BARAH.
 
 
Fibroids adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa-apa simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.
 
 
PANTAI HOSPITAL KUALA LUMPUR No. 8, Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur

Tel : +603-22960888
Fax : +603-22821557
Email:
phkl@pantai.com.my


6 comments:

  1. Terima kasih atas info kak fuza. Baru tahu pasal fibroid. Ingatkan fibroid tu adik beradik android.. Ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHE..Please b alert dengan kesihatan masing2. Jangan malu untuk refer dengan Pakar Sakit Puan

      Delete
  2. semoga makcik cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak.. mekasih share info ni..
    moga mkcik akk juga cepat sembuh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78