HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

23 Jun 2014

KLIA2 menggantikan LCCT memang superb canggih

 Assalamualaikum

Semua sedia maklum tentang pembukaan KLIA2 pada Mei 2014.
Pertama kali berkesempatan kesini,
 
Seperti yang digambarkan, KLIA2 sememangnya teramatlah luas.
1st time tengok memang tak nampak seperti Lapangan Terbang KLIA2.
Yang nampak hanyalah Shopping Mall.

Untuk ke KLIA2 ini memang lebih dekat rasanya berbanding LCCT.
Lot parking juga banyak dan berbumbung. Bayaran RM4 untuk jam pertama pada saya logic bayar. Daripada uols kena menapak jauh, parking aje lah. Mudah.

Jangan risau, memang tak akan sesat kerana lift terletak berdekatan dengan tempat parking. Cuma perlu ingat anda parking di blok mana.

Pada mulanya memang agak jakun.
Di mana nak hala nak tuju jadi tercangak-cangak.
Anda semua jangan risau kerana di sepanjang ceiling ada diletakkan papan tanda arah untuk ke kaunter yang anda ingin tuju seperti Perlepasan, Ketibaan, Kaunter Daftar dan sebagainya.
Di situ juga ada dinyatakan berapa minit yang perlu anda lalui untuk sampai ke tempat2 yang dinyatakan tadi.

Semasa menghantar Mr. Husband, kami sampai awal agar tidak ketinggalan pesawat.
Ok apa yang perlu anda lakukan?

1. Sila refer Papan Kenyataan Informasi Penerbangan dimana No penerbangan, kaunter daftar beg serta pintu menunggu pesawat akan dinyatakan disitu.
Kaunter daftar masuk terdapat di sebelah kiri kanan.

2.Kaunter untuk Super Wrap terletak di sebelah hujung kanan, berdekatan dengan kaunter W, X, Y, Z.

3. Pastikan lorong Perlepasan Dalam Negeri atau pun Perlepasan Antarabangsa yang betul. Untuk semakan sila ke Papan Kenyataan Informasi Penerbangan supaya anda tidak tersilap lorong.

4. Anjung tinjau terletak berdekatan untuk anda meninjau suasana di aircrafts stand.

5. Kedai makan berada di sekeliling. Awas dengan harganya ya.

6. Sebelum keluar, sila bayar tiket parking di Mesin Pembayaran.
 
KLIA2
 
Lot Parking KLIA2

Lift KLIA2

Papan Kenyataan Informasi Penerbangan KLIA2

Kaunter Daftar KLIA2


Kaunter Super Wrap KLIA2

Papan Kenyataan membantu di KLIA2

Perlepasan Antarabangsa KLIA2

Advisory on Walking Time di KLIA2

Why is KLIA2 so HUGE?

Anjung Tinjau KLIA2


Sempat juga posing seawal jam 5.30am di KLIA2


6 comments:

  1. wah..macam best..tak pernah sampai lagi..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tujuan utama ialah SHOPPING..hehe

      Delete
  2. makin glamour klia2
    teringin nak jejak kaki ke situ
    nampak besar n luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kepada shopping mall!! hehe

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78