HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

22 Jun 2014

Pokok Dukong Anak banyak khasiatnya

 Tahukah anda??

Ada sesiapa yang tahu ataupun tidak tahu apakah nama tumbuhan seperti gambar di bawah?
Tumbuhan tersebut dikenali sebagai Dukong Anak.
Pokok ini sering kelihatan tumbuh meliar di laman rumah. Tumbuhnya selalu di dalam pasu. Cuba pergi tengok kat halaman masing-masing.
 Dukong Anak ini ada dua jenis. Buah yang merah dan buah yang hijau.

 
Kegunaan:

1. Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India) dan juga cirit birit. Caranya minum air rebusan setiap hari.

2. Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

3. Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B. Caranya ialah mandi/ lap baby dengan air rebusan untuk penyakit kuning hingga baby sihat. Bagi hepatitis b pula..caranya ialah pokok dimasak dengan susu kambing..minum setiap hari.

4. Merawat penyakit keputihan yang dialami oleh golongan wanita... keputihan merupakan salah satu sebab wanita tidak boleh mengandung. Caranya ialah dengan air rebusan pokok sehingga baik

5. Penyakit Batu Karang

6. Pendapat orang Jawa pula mengatakan...pokok ini sesuai untuk bagi mereka yang menghadapi penyakit Darah Tinggi dan Sakit Sendi-sendi Tulang. Caranya juga dengan meminum air rebusan.

7. ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning

8. minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dan cuci bahan toksid dari badan

9. akar pokok dukung anak untuk menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas

10. Mengikut darulsyifa..pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk menghalau gangguan makhluk halus. Caranya ialah air tebu + pokok dukung anak + gula batu
 
11. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya. 
 
12. Menurut petua orang tua, Dukong Anak ini juga dapat membantu dalam perubatan Kayap.
 
13. Ada juga pengamal perubatan kampong menyatakan bahawa Dukong Anak ini juga dapat menggalakkan kesuburan bagi mereka yang ingin menimang cahaya mata.
 
Wallahuallam.
 
  
Info MR GOOGLE
 
 
Daun Dokong Anak Buah Hijau
Daun Dokong Anak di pangkal pokok tumbuh meliar
Daun Dokong Anak di dalam pasu.


KESIMPULAN

Nama Tempatan : Dukung Anak

Nama Saintifik :Phyllanthus Niruri
Nama Lain :Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Famili :Eurphorbiaceae
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang , dalam pasu dan dikawasan pertanian
 
 Khasiat  Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.
 Pokok Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.

 Kegunaan Air dan rebusan pokok ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka.

Dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing.   

4 comments:

  1. owh , pokok ni . sis mmg rajin cabut ... melata kat laman n pasu ... x tau lak klu pokok dukong anak . nice info .

    ReplyDelete
  2. tak tahu pun Fuza,khasiatnya selalu tumbuh kat pasu kak ana cabut buang aje...good info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Ana, dapat tau pun bila org bgtau swuh cari utk berubat

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78