HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

17 Jun 2014

Resepi Tauhu Sumbat Kelopak Mawar Inti Udang

Assalamualaikum
Menjelang Ramadhan ramai yang mencari resepi.
Untuk pelbagaikan resepi semasa berbuka puasa.
Jom cuba resepi mudah ini.
Resepi ini saya dapat ilham apabila nak menggalakkan anak-anak makan sayur.
Jadinya, semua dalam resepi ini kita kisarkan aje.
 
 
Resepi Tauhu Sumbat Kelopak Mawar Inti Udang
 
Bahan-bahan
 
15-20 ketul Tauhu Putih **
4 Ulas Bawang Putih di tumbuk
Udang yang dikopek
1 Biji Telur
1 Keping Roti
Daun Bawang
1 susu besar Lada Hitam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit Tepung Jagung
Garam secukup rasa
 
 
Cara-cara membuatnya
 
1. Kisar Roti, telur, tauhu dan asingkan.
2. Campurkan sos tiram, lada hitam, bawang putih, garam daun bawang, tepung jagung dan isi udang. Gaul rata.
3. Masukkan semua bahan tadi, gaul rata.
4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam tauhu yang telah di belah dan diterbalikkan
5. Hias dengan hirisan cili masak.
6. Goreng hingga masak.
 
 
** Tauhu di belah empat jangan sampai putus. Keluarkan isinya untuk dijadikan inti, terbalikkan kelongsong tauhu tersebut
 
Sedapnya

Tauhu Kuning keemasan siap di goreng


Isi Tauhu yang padat
Resepi Tauhu Sumbat Kelopak Mawar Inti Udang
Selamat Mencuba
 
 


6 comments:

  1. Wah...sedapnya nmpk..udang yg menggoda...hoho

    ReplyDelete
  2. nampak menarik je ni kak..

    ReplyDelete
  3. xpenah jumpa n tengok tauhu sumbat cmni..kalau goreng isinya tak terkeluar ke kak?nak try buat bulan posa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah x terkeluar. Sumbat bagi padat k. Cubalah

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78