HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

16 Jul 2014

Aaron Aziz dan Zizan di jualan murah Jakel Shah Alam

Assalamualaikum
Menjelang Syawal, sana sini sesak dengan pengunjung yang membuat persiapan lebaran.
 
Pada hujung minggu yang lalu, saya ke Jakel untuk mencari kain sampin untuk anak-anak lelaki saya.
Tu diaaa...punya lah ramai manusia!
 
Tawaran Happy Hour sentiasa diumumkan.
Baju yang berharga 2-3 ratus dapat dijual dengan harga RM100.
Hebat tak hebat tawaran Jakel sehinggakan staff lelaki mereka berpakaian baju kurung yang ditawarkan harga lelong. Jambu u!! hahaha
 
Sebenarnya, menurut salah seorang kakitangan Jakel. pada hari tersebut Aaron Aziz dan Zizan akan datang ke situ untuk promo Hari Raya.
 
Alahai...kalau saya tahu dari awal memang tak akan masuk ke Jakel.
Bukan promosi murah yang saya kejarkan. Tetapi macam mana nak memilih kalau orang ramai berasak-asak bagaikan semua barang di dalam Jakel tu percuma?
 
Dengan pantas saya memilih sampan dan terus buat bayaran. Kononnya nak cepat-cepat keluar sebelum tersangkut dengan kesesakan melampau.
Apakan daya tersangkut pula saya dipintu masuk Jakel.
 
Terpaksalah terconggok di muka pintu Jakel. Tunggu sehingga acara Aaron dan Zizan beramah mesra dengan peminat selesai.
 
Dah dok berdiri depan tu, senang saje nak snap snap gambar artis tu.
Eh..terus terang saya tak minat pun artis berdua ni. So tak de lah rasa fanatic sangatkan.
 
Fuhh..tolak menolak berlaku di depan muka pintu Jakel.
Subhanallah...dasat sungguh fanatiknya peminat-peminat sehinggakan tidak memikirkan bahaya tolak menolak tersebut.
 
Apa pun..berbelanjalah dengan bijak jangan membazir ye.
 
Jubah dengan harga berpatutan di Jakel Shah Alam
 
Sana-sini penuh dengan pengunjung
 
Abang Jambu promote baju Happy Hour RM100!!
 
Aaron Aziz dengan Zizan
 
Aaron Aziz sedang beramah mesra dengan pengunjung di Jakel Shah Alam
 
Aaron Aziz di Jakel Shah Alam


18 comments:

  1. minat aaron aziz..tapi sekarang dah tak fanatik macam dulu..tapi kalau terjumpa ni, rasanya agak teruja jugak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo peminat juga ye. Kalau dating kat Jakel ni pun tak leh nak sembang,..orang tolak menolak

      Delete
  2. Wah akak borong kain ekk kat jakel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak de lah. Baju raya semua dah siap, Ni p cari lining untuk kaftan :)

      Delete
  3. byk pilihan tak baju kurung di situ..:) next week baru nak usha baju raya gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sofu...memang macam2 rupa fesyen. cuma kalau nak best price p Kompleks PKNS better kot

      Delete
  4. kalau dah ramai camni memang tak ler...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. serabut kak..apa benda pun tak Nampak. Nak pilih pun susah

      Delete
  5. ni mmg sengaja nak jumpa aaron ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xd makna...memang tak minat aihhh.hehe

      Delete
  6. Assalamualaikum.

    Abah saya duk mengajak gi jakel cari baju minggu ni..alahai, malaih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...pasti ramai orang.. Crowded!!

      Delete
  7. Amboi abang jambu. Tak tahan ai tgok dia pakai baju kurung. Kemain haa peminat fanatik aaron ngan zizan. Siyesly ana tak minat gak diorg. Minat encik mimpi je. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh akak memang tak minat deme ni. hahaha abang jambu ramai peminat tuh

      Delete
  8. kalau saya pun tak sanggup nak bersesak.. sekalipun ada artis datang.. pening ramai2 ni.. pastu susah nak memilih.. ingat esok atau ahd ni nak ke jakel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..Artis ke apa ke...payah kot kita nak membeli bersesak-sesak tu

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78