HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

5 Jul 2014

AlFatihah...Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

AlFatihah
 
Pada jam 2.26 pagi, 5 July 2014, berita pemergian  Datuk Sharifah Aini di update oleh Astro AWANI di halaman Facebook. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas akhirnya pada 1.26 pagi  di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
 Jika sebelum ini beliau telahpun dijangkiti virus Influenza A ( H1N1 ) dan kerap keluar masuk hospital namun pada masa itu keadaannya stabil.


Pada 1st July 2014 Negara telah digemparkan dengan berita tentang Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini telah pun dimasukkan ke ICU Pusat Perubatan Pakar Damansara kerana menghidap penyakit fibrosis paru-paru. Kak Pah telah dimasukkan ke hospital tersebut setelah mengalami kesukaran bernafas pada awal pagi Isnin.

Janji Allah itu pasti, tenanglah arwah disana. Bulan yang sangat mulia untuk Arwah mengadap Ilahi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.

Salam takziah bukan seluruh keluarga Arwah.

Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini

Arwah ada membuat luahan hatinya di Facebook miliknya.

``Kita tidak tahu bila dan di mana kita akan meninggal dunia dan jika ini takdir Allah, saya terima dengan hati yang damai dan tenang.
``Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (meninggal dunia dalam keadaan baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda semua,'' katanya di laman Facebook yang dimuat naik sejak dua hari lalu.
 
AlFatihah


**Sumber Berita Astro Awani Facebook & Utusan Online

8 comments:

  1. Al-Fatihah. Semoga ditempatkan bersama mereka yang dikasihi-Nya.

    ReplyDelete
  2. Innalillah wa innalillahirojiun..dari Allah kita datang, dan kepadanya kita kembali. Allahu..

    ReplyDelete
  3. Moga rohnya sentiasa di cucuri rahmat amin

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78