HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Jul 2014

ANEMIA, Mencegah lebih baik daripada merawat.

 Assalamualaikum

Tempoh hari ada saya buat entry berkenaan PUASA TETAP BERPUASA WALAUPUN TIDAK SIHAT
 
 Setelah 2 hari, keputusan  darah sedia untuk diambil.
Dengan consultation dari Doktor, adalah dengan ini keputusan darah saya menunjukkan saya mengalami Mild Anemia serta kekurangan Zat Besi.
 
Apa itu Mild Anemia?
Mild Anemia adalah dimana penyakit ini bukan lah di hidapi sejak sekian lama. Ianya adalah diperingkat awal.
 
Anemia ataupun  lebih dikenali sebagai berkurangnya jumlah sel darah merah atau jumlah sel HEMOGLOBIN dalam sel darah merah yang mengakibatkan darah tidak mampu membawa oksigen dalam jumlah yang secukupnya dengan keperluan tubuh badan seseorang individu.
 
Seseorang yang terkena Anemia mungkin boleh semak tanda-tanda berikut :
Cepat Penat
Kurang Ceria
Hilang Daya Tumpu
Selera makan yang berkurangan
Sering mengalami sakit kepala
Sesak Nafas
Berdebar-debar
 
 
Kenapa Anemia?
Anemia sememangnya berkaitan erat dengan masalah kesihatan Tekanan Darah Rendah. Ianya disebabkan oleh pengurangan produksi sel darah merah atau hemoglobin, atau oleh kehilangan atau penghancuran darah.

Timbulnya Anemia mungkin juga berkaitan dengan pola pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang dari segi gizi yang diperlukan oleh badan. Sumber makanan utama adalah Zat Besi. Zat Besi mudah diperolehi dari macam-macam sayuran hijau, buah dan dari nasi serta ikan.

Penyelesaian
Bagi masalah yang saya hadapi, kekerapan mengalami pening dan darah rendah menyebabkan saya terus membuat ujian darah.
Nasib baiklah saya bukan jenis yang kalau sakit kepala terus telan Panadol. Kata doctor itu bukan penyelesaiannya.
Kepada anda diluar sana JANGAN SESUKA HATI TELAN PANADOL tanpa mendapat khidmat rundingan daripada doctor yang bertauliah.
 
Daripada keputusan ujian darah, saya baru pertama kali didapati mengalami Anemia dan kekurangan Zat Besi.
Saya tidak makan makanan laut kerana alahan.
Doktor telah menyarakan agar saya mengambil supplement yang mengandungi Zat Besi serta Acid Folic. Supplement tersebut dikenali sebagai Iberet Folic-500.
Buat masa ini Doktor menyarankan agar saya mengambilnya sebiji selang sehari.
Ianya bertujuan supaya system badan tidak terkejut dengan perubahan. Malahan sekarang bulan Ramadhan, jadi saya tidak dapat minum air yang banyak dalam membantu pengektrakan ubat tersebut didalam badan.
Saranan Doktor agar saya dating semula untuk melakukan ujian darah setelah mengambil sekotak supplement tersebut.
 
Kesimpulan
Apa sekali pun, disini ingin saya nasihatkan teman-teman sekalian, janganlah berlengah dalam mendapatkan rawatan. Jangan takut untuk mengetahui apa yang bakal kita akan ketahui.
Yang penting "Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Merawat"

Pemeriksaan berkala adalah perlu

Keputusan darah menunjukkan Hg adalah rendah dah didapati saya mengalami MILD ANEMIA
 
Bacaan Iron juga sangat rendah dari yang sepatutnya
 
 
IBERET FOLIC untuk pesakit Anemia
 
Sekarang saya sedang dalam proses perubatan.
Harap tiada masalah kesihatan yang serius kerana bulan hadapan saya perlu menjalani lagi satu ujian darah.  Doakan ye.






14 comments:

  1. moga2 cepat sembuh. kalau pregnant mom disarankan minum pati delima. boleh bantu naikkan HB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sis
      Nanti nak cubalah Pati Delima. Brand apa?

      Delete
  2. Replies
    1. Tq Sofu
      Nak kena p holiday kot
      Hehe

      Delete
    2. Fuza
      Kalu holiday sokong 200% :)

      Delete
  3. Btl tu kak mencegah lebih baik dari mengubati..hope akak cpt sembuh ya jaga kesihatan tu

    ReplyDelete
  4. Biasanye kes anemia ni selalu kena pd ibu mengandung kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak juga. Kena jaga diet pemakanan terutama di bulan puasa

      Delete
  5. harap semuanya kembali pulih seperti sediakala . saya mmg x mkn panadol wpun demam atau senggugut . alhamdulillah x ada migrain . semoga Allah permudahkan urusan fuza .

    ReplyDelete
  6. wahhh dapat ilmu baru pula hari ni ^___^ semoga cepat sembuh yer kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah..kita sama2 sharing

      Delete
  7. Sy pn jnis tekanan darah rendah.. Check hb pn sllu rndah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78