HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

24 Jul 2014

Berbuka puasa di Restoran Mohd Chan Abdullah Kelana Jaya

Assalamualaikum
 
Ini cerita hari minggu yang lepas.
Pada Ramadhan yang ke 22, setelah seharian penat membakar biskut raya, para-para chef di dalam rumah surrender.
Hari ini kami cuti memasak.
 
Alhamdulillah abah saya seorang pegawai pencen kerajaan baru sahaja menerima bonus raya buat staff pencen dan telah sudi-sudikan diri untuk belanja kami semua makan di Restoran Mohd Chan Abdullah.
Restoran tersebut terletak berhampiran dengan rumah mak abah. Jadi tidak perlu nak risau tentang kesesakan lalulintas
 
Seawal jam 3 petang saya dan abah telah pergi membuat booking makanan serta meja,
Maklumlah, kalau last minit takut ramai pelanggan dan bersesak-sesak.
Dengan membuat tempahan awal, dapat menjimat masa. Sejumlah deposit dikenakan bagi mengelakkan pembatalan pesanan last minit.
 
Di bulan puasa restoran ini ada menyediakan Menu Berbuka puasa.
Pada saya harganya sangat berpatutan.
Pilih ikut selera masing-masing.
 
Apa yang saya boleh rekeman kan disini, semua pesanan kami di Set Menu 3 memang sedap. Makanan yang dipesan juga sampai tepat pada masa. Makanannya pun masih panas.
Kalau anda bercadang hendak berbuka puasa disini, seeloknya datang booking awal.
Harganya berpatutan.
 
Thank you abah sebab belanja kami sekeluarga.
Terima Kasih daun keladi ^_^
 
Reserved

Saya dan bonda menunggu hidangan berbuka puasa

Ayahanda Musa Bin Haji Mohamad


Bondaku Fatimah Binti Osman

Ribena Laici pilihan Aiman

Alif sedang mengamati air Sirap Bandung Cincau nya

Aina yang tak tahan bau asap masakan di kedai

Udang Goreng Nestum, Sayur Brokoli Cendawan, Daging Masak Kicap serta Tahu Sadur

Siakap Stim Limau

Makanannya sedap sehingga licin di makan oleh anak-anak
 
Lebih 100 pilihan Juadah berbuka

Set Menu berbuka puasa

Outlet Restoran Mohd Chan
 


8 comments:

  1. dok rasa hari ni macam nak buka posa kat luaq hari ni

    ReplyDelete
  2. Bestnyee kak..dapat berbuka sesama ngan family..sedap plak makanannya..hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..bukan selalu kan

      Delete
  3. Makan ramai2 jadi lagi sedap.. :) Tambah2 orang belanja.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Sy sekali ke 2x je berbuka luar.. Suami suka berbuka kt umh wlpn msak simple je.. Seronok berbuka kt luar rmai2. Nak2 dgn family..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78