HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Jul 2014

Episod Akhir Kerana Terpaksa Aku Relakan..Apa komen anda??

Akhirnya.
 Drama berepisode yang menjadi kegilaan ramai iaitu Kerana Terpaksa Aku Relakan yang bersiaran di TV3 jam 7 petang Tamat pada 14/7/2014.

Apa kata anda peminat setia KTAR?
Puas hati dengan jalan cerita? Apa pula komen anda?
 
Pada pandangan saya, sepanjang hampir 2 bulan mengikuti perjalanan episode KTAR ini, dari episode 1 hingga ke episode 27, jalan ceritanya kemas. Penghayatan watak oleh setiap pelakon memang berjaya menghidupkan drama Slot Akasia TV3 ini.
Ramai yang menangis, geram, jatuh cinta dan gembira dengan setiap episode yang penuh dengan warna-warni kehidupan yang biasa kita lalui.

Bukanlah kata saya ni pandai nak kritik, tapi rasanya sesudah KTAR melabuhkan tirainya semalam, rata-rata peminatnya mengkritik, meluahkan ketidakpuasan hati, bengang, rasa tertipu, rasa terkilan dan rasa macam-macam rasa. Di Facebook, di Instagram dan rata-rata semua menyatakan ketidakpuasan hati dengan jalan cerita penamat yang tangkap muat. Ramai juga yang kata sia-sia follow selama 27 episode tetapi episode penamat kucar-kacir.

Kenapa?

Kerana episode 28 iaitu episode akhir telah disumbatkan dengan segala rumusan cerita.
Bayangkan dalam masa 1 jam semua permasalahan diselesaikan dengan begitu ringkas, Itu pun tak betul-betul 1 jam kerana belum lagi tolak masa iklan yang berjela-jela.
KLIK SINI untuk lihat respon peminat di Facebook Page KTAR

Mood KTAR yang telah berjaya dihidupkan seharusnya diteruskan dengan penamat yang rapi. Mungkin pengarah dan penerbit serta TV3 ada jawapan disebalik Episode 28 ini.
Mana tahu mungkin akan ada KTAR2? Telemovie atau difilemkan?
 Yang pasti rata-rata fan KTAR memang mengharapkan penamat yang lebih baik dari episode 28 yang telah disiarkan semalam.

Ramai yang tertunggu sejak minggu lepas,ramai juga yang kelam-kabut bergegas pulang ke rumah untuk berada di depan tv masing-masing, dan ramai juga kot yang sanggup berbuka didepan tv. Eh saya pun feeling juga layan cerita ini sampaikan gagah mencari Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan di kedai buku Popular di Paradigm Mall, Kelana Jaya. Cerita KAT SINI
Hehehe...hebat sungguh penangan KTAR ini.

Apa pun, bukanlah hanya ketidaksempurnaan episode 28, KTAR dikecam keseluruhannya.
Pada saya, cerita seumpama ini memang menarik. Cerita yang di adaptasi dari novel seharusnya diperbanyakkan kerana disamping dapat box officekan drama, kita dapat juga box officekan penjualan novel,

Siapa lagi yang nak membantu filem-filem dan drama tempatan serta novalis tanahair kalau bukan kita sendiri?

Syabas kepada Amar Baharin dan Izreen Azminda kerana kamu berjaya menjiwai watak sebaiknya dan bersahaja. Nampak lah real. Naknya bab indah kalut tu..memang naïf sangat rupa dia.  Zen pulak berjaya jadi mamat control handsome garang tapi romantik.
Ramai kat luar tu dah rindu dengan gelagat usik mengusik antara Indah dan Zen.
Tahniah juga kepada semua pelakon yang turut menjayakan KTAR.
Uols memang the best.
Semoga berjumpa lagi di sambungan KTAR2? Ada ke?
 
Kerana Terpaksa Aku Relakan

Happy Ending Merak Kayangan dengan Gagak Hitam bersanding :) Print skrin dari IG Amarbaharin


http://instagram.com/nora___sam
Scene yang tidak disiarkan. Credit to nora_sam coz sudi share di IG

Babak Indah Koma & Zen so caring and loving.

Scene yang tidak ditunjuk di TV. Tq nora_sam coz rajin update di IG 

Mungkin ramai tidak tahu, kalau yang disiarkan di TV3 ada babak yang telah dipotong
So kalau nak tengok yang full pergi visit kat TONTON ONLINE k.
Saya tengok babak-babak tersebut di Instagram nora_sam.
Thank u nora_sam sebab sentiasa update di IG about KTAR.
Uols add lah dia k


 

16 comments:

  1. Jgn trkejut lya tak tgk la kak tak beli tv lagi ekeke nak tgk on9 mlsnya yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..kalau dah start tengok pasti kemaruk. Haha
      Akak memang suka cerita novel di adaptasikan ke lakonan.
      Tapi kena baca Novel dulu
      Fefeling lah pulak...hahaha

      Delete
  2. Bagi yaya pun ending dia mcm nak cepat walaupun yaya baru kali kedua tgk cerita ni..hurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serabut kot, xsempat nak rasa feeling rindu, dah marah, dah tu sedih, lepas tu happy tup tup TAMAT

      Delete
  3. haah kan sis. serabut last part. geram btl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh memang geram...lama kot tunggu untuk penamat..tapi jadi tah apa-apa...

      Delete
  4. tak faham la sis episod last tu...semua tetiba saja...:( tak suka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. frust!! sengaja kot swuh kita ngamuk so dat depa boleh continue dengan next KTAR2. Mungkin??
      Coz dari IG Indah dan Tajul Razin..depa pun macam bagi teaser..."mungkin akan....opss tak nak cakap"
      So tunggu aje lah ye uols and ioul :)

      Delete
  5. Assalamualaikum kak fuza, perghhh frust nonggeng sheila dibuatnya... hahahhaa singgah menabung dove sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sihat dah ke Sheila?
      Hmm..tension akak.
      Baru nak fefeiling jadi Indah..my hubby tu dah sipi2 Abang Zen dah... garang tapi romantic :)
      Ecececece

      Delete
  6. budget production kat situ ja kot..kalau nk ikut novel betul2 panjang lg critanya..tp tak penah baca pn novel dia,dengar citer kwan2 yg hantu novel ja..kah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. YUP betul tu. Kalau ikut novel panjang lagi jalan ceritanya.
      Cuma tu lah..penamat tu terlampau kelam kabut..

      Delete
  7. suka lakonan izreen..
    part dian tu cakap pasal mak indah tu..mcm tergtg je..maybe ada part 2 nanti kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izreen memang sentiasa berjawa membawa watak lakonannya dengan baik. Tak sabar tunggu Part2 :)

      Delete
  8. Sib baik tak pernah layan. Sekurangnye takdelah ana sakit aty. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..p tgk kat Tonton utk episode penuh

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78