HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

4 Jul 2014

Giveaway Puasa RM50 by SueAKGoGeous

Assalamualaikum
 
RM50? Duit raya? Betul ke ni?
Eh siapa nak bagi ni?
 
Sebenarnya  SueAKGoGeous sedang menganjurkan Giveaway Puasa RM50.
Siapa puasa penuh dapat RM50 erk? hehehe
 
Sebenarnya.....beliau mahu peserta sertakan the best of pengalaman puasa di bulan Ramadhan anda dalam entry penyertaan.
Pemilihan pemenang akan diadili sepenuhnya oleh beliau dengan menilai penulisan anda.. Hadiah empat orang pemenang bertuah adalah seperti berikut
 
Seorang Pemenang utama = Cash RM20
Tiga Pemenang saguhati = Cash RM10
 

http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html
Klik Banner untuk join
 
Sememangnya ada banyak kenangan di Bulan Ramadhan.
Tetapi apa yang saya nak kongsikan ini adalah pengalaman yang mengusik jiwa sampai sekarang.
 
Pada tahun 1999 merupakan Ramadhan yang sangat saya kenangkan.
Pada masa itu, kami semua pulang ke kampong halaman  bonda yang terletak di Perak untuk menyambut Syawal. Ketika itu umur saya 23 tahun, masih belajar.
Atok Seman menyambut ketibaan kami jam 2 pagi kerana ke sesakan melampau di lebuhraya.
 
Keesokkan harinya, Atok Seman mengajak saya dan adik-adik serta para adik-adik sepupu ke tepi tebing sungai. Katanya ada surprise.
Wah rupanya Atok Seman nak menyiapkan persiapan untuk permainan meriam buluh!
Kami memang sangat teruja. Sebab selalunya Atok melarang kami mendekati kanak-kanak kampong lain yang bermain meriam buluh.
 
Petang menjelang Syawal, kami yang kecil ni hampir terlupa tentang kepenatan berpuasa apabila Atok Seman kata petang ini kita bakar meriam.
Yeaaaahhhhh
Kabooooooommmmm!!!
 
Kata Atok Seman, kamu semua tengok dari jauh, biar Atok yang bakarkan.
Alhamdulillah, kami bermain Meriam Buloh dengan cara yang selamat.
 
Namun...penghujung tahun 1999 kami digemparkan dengan berita "Atok dah tak ada"
Hah? Innalillah.
Kata Opah Atok pada masa itu baru balik dari tepi tebing, sampai je ke rumah terus duduk di kerusi minum. Diam dan terus pergi meninggalkan kami.
YaAllah, senangnya Atok pergi menemui Ilahi.
 
Kami seluruh keluarga bergegas pulang ke kampong.
Jenazah atok dikebumikan pada petang hari yang sama.
 
Ya Allah
Patutlah Atok beriya-iya menunjukkan kami cara penyediaan Permainan Meriam Buluh.
Rupanya itu adalah yang pertama kali dan buat yang terakhir kali buat kami untuk bermain Meriam Buluh. Atok macam tahu yang dia akan pergi meninggalkan kami semua.
Sampai sekarang, memang kami tidak bermain Meriam Buluh.
 
AlFatihah buat Arwah Atok
Othman Bin Alang Jaafar.
 
 
Jom lah kawan-kawan kita berkongsi cerita Ramadhan anda. 

Tarikh-tarikh penting:
 
Tarikh mula: 4 Jun 2014
Tarikh tamat: 23 Julai 2014
Tarikh keputusan: InsyaAllah 25 Julai 2014

6 comments:

  1. Salam Kak Fuza..
    Thanks for joining..
    All the best ye...

    ReplyDelete
  2. all the best kak fuza... kak fuza thanks for the kata2 semangat yesterday...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Farrah
      Yup, pasal semalam tu, Farah jaga diri k
      InshaAllah ada rezki lagi nanti
      Jaga kesihatan k

      Delete
  3. All the best kak. Alfatihah pd yg dah lama pergi. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78