HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

14 Jul 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan...Demam Novel Drama Slot Akasia TV3

 Assalamualaikum
Hari ni mood jiwang.
Rasanya mana-mana Facebook, Twitter dan Instagram dipenuhi dengan kisah
KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN.

Kenapa?
 
Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan
 
Hari ini, InshaAllah akan tersiarnya Episod 28 iaitu episode AKHIR buat slot akasia #KTAR.
Menjadi penyeri petang hari setiap anda yang mengikuti episod-episod drama tersebut.
Saya juga tidak ketinggalan menyaksikan drama slot akasia yang disiarkan jam 7 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3.
 
Jalan ceritanya menarik kerana watak-watak yang dibawa membuatkan kita semua merasakan seperti melaluinya kerana lenggok ceritanya yang berkait rapat dengan realiti kehidupan.
Bak kara Heroinnya Izreen Azminda semasa di soal semasa slot MHI TV3, dia rasa bebas dengan watak tersebut kerana dia memang jenis yang bercakap laju jadi watak Indah dapat di amati dengan sebaiknya dan menjiwainya. Beliau meluahkan rasa puas hati kerana penonton dapat apa yang mereka berikan dalam lakonan mereka.
So segala karektor di dalam cerita ini nampak bersahaja tapi style.
Kehidupan yang digambar pun adalah logic. Tak ada lah orang kata nak buat cerita style Hollywood.
 
Cerita kasih sayang seorang Ibu membesarkan anak-anak dengan bermacam ragam tanpa kehadiran suami disisi, buat saya rasa tempiasnya kerana Mr. Husband saya sentiasa bekerja jauh dari saya. Jadi bagaimana kuatnya watak ibu yang dilakonkan oleh Dian P. Ramlee terkesan pada saya. Ragam anak-anak dilayan sebaik mungkin.
 
Berkenaan jalan cerita Indah dan Tajul Razin , hah...ni rasanya ramai yang terasa depa tu Indah kan. Ramai yang terbuai termimpi berangan bercinta dengan Tajul Razin. Yelah, watak macho, handsome, suka mengusik, ala-ala Mat Romeo jiwang menjadi igauan peminat-peminat di luar sana.
 
Saya juga teringat zaman-zaman bercinta dengan Mr. Husband. Hahaha..tetiba keluar topic.
Yelah, Mr. Husband saya suka bagi saya jambangan bunga dulu. Sekarang ada juga cuma saya request tukarkan dengan coklat, lagi kenyangkan.
Lagi satu babak yang Tajul Razin dok bagi Indah berbotol-botol perfume tu juga mengusik kenangan kalbu saya. hahaha. Sampai sekarang Mr. Husband saya memang suka menghadiahkan perfume kepada saya. Alhamdulillah.
My "Abang Zen" memang menjadi kenyataan kepada saya. Tapi Mr Husband nama Adli ye. Uols jangan gossip pulak. haha.
 
Saya sampai sanggup ke kedai buku Popular mencari Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan kerana ingin mengetahui jalan cerita sehingga habis. Eh dah lama kot tak gila baca novel. Last dulu Novel Lagenda Budak Setan.
 
Plot ceritanya memang menarik. Dengan ragam orang baik, hasad dengki, khianat, Bbrjaya, mewah, miskin, cantik, berharta, disiplin, dan macam-macam lagi dapat kita tapis dari KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN.
 
Lepas ni rindu lah kita semua nak tengok gelagat Indah yang naïf dan bersahaja. Tiada lagi Abang Zen handsome tersenyum macho mengacau Indah. Tiada lagi Wati dan Ibunya yang sentiasa memfitnah Indah. Tiada lagi Yazid yang tak sudah-sudah merempit. Semua watak akan dirindui nanti. Tiada lagi watak Safuan Secretary Tajul Razin yand sentiasa up-to-date tugasannya.
 
Semoga akan ada sambungan KTAR khas Raya seperti yang diminta oleh para peminat di Page KTAR.
 
Saya bagi 5 BINTANG!!
 

Sinonim dengan Babak Tajul Razin hadiahkan Perfume kepada Indah. My Dear Hubby pun suka hadiahkan saya perfume. Alahai..Romantik tacing juga Mr Hubby ni kan!!
 
Screen Shoot Instagram @amarbaharin
 
Kerana Terpaksa Aku Relakan
 
JUDUL : Kerana Terpaksa Aku Relakan TARIKH : Mulai 21 Mei 2014 (Setiap Isnin hingga Khamis - 7 malam)
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah

TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Amar Baharin, Izreen Azminda, Syafiq Kyle, Aleza Shadan, Iqram Dinzly, Ika Nabella, Nadia Aqilah Bajuri

OST / Lagu Tema #KTAR 
Judul : Patah
Artis : Pompa Bensin

Judul : mencintaimu sampai mati

Artis : Utopia

 
Judul : Sebut Namamu
Artis : Nastia
 
Full Episode TONTON ONLINE atau TONTON


SINOPSIS DRAMA KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya. 



Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.


Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. 

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.



Credit to klik sini



12 comments:

  1. hahaha...gamaknya malam ni naik la rating TV3...last episod dah kan..? Sally tak ikut sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..harus bentang tikar depan tv berbuka nanti. Penangan Indah dan Abang Zen

      Delete
  2. eiqa suka tengok cerita nie, hohoo
    malam ni last..
    apa la agaknya yg jadi ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pastinya happy ending. Cuma macam mana agaknya Razin nak pujuk Indah yang merajuk tu :)
      Tunggu petang ni

      Delete
  3. adooii..dmm KTAR nie...haha..ambik mood erk kak..kita suka syfiq kyle..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak trjumpa depa masa shooting kat Jakel Shah Alam, tapi tak dan nak posing sebab masa tu kalut kereta tak ada parking. Syafiq Kyle segak juga. Aunty Dian osa sangat cantik u. Putih gebus :)

      Delete
  4. Ana tak sempat pun layan episod last tadi. Huhu. Banyak nau keje. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ending yang kelam kabut ekceli.

      Delete
  5. Ushhh akak peminat novel jug ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..start dengan Lagenda Budak Setan, masa tu sekolah menengah kot

      Delete
  6. memang follow citer ni. tapi frust lah dengan final episode nya :(

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78