HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

18 Jul 2014

Nahas Pesawat MH17 Boeing 777-200 terhempas

 
 
Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.
 
 Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbang di ruang udara yang selamat mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pesawat berkenaan meninggalkan Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu tempatan itu dilaporkan tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.      
 
"Laluan MH17 itu disahkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan ia sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia pada 18 July 2014," katanya pada sidang media di sini, pagi ini.      
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia mendoakan semua penumpang dan kru pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.
"Hari ini adalah 'hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia', saya tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku," katanya.
      
Sumber BERITA
Klik VIDEO
Sumber Facebook
 
Sumber Facebook
 
Sumber Facebook

 
AlFatihah buat saudara sesama Islam
dan Takziah buat semua keluarga penumpang




6 comments:

  1. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman disamping-Nya. sesungguhnya apa yang terjadi adalah percaturan Allah SWT kerana Dia jualah yang mengetahui segalanya. doakan Malaysia kekal aman dan terpelira sentiasa. condolences for the lost souls of the people on board #MH17.

    ReplyDelete
  2. Terlalu besar dugaan yg menimpa Malaysia kita kena redha dgn ketentuannya.sama2kita sedekahkan Al-fatihah mangsa yg terlibat.sedih memg sedih

    ReplyDelete
  3. sedih sangat.. dugaan buat keluarga mangsa..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78