HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

9 Jul 2014

Ramadhan 10 Menu Ayam Kuzi resepi baru belajar dan Rendang Ayam Opah Resepi Tradisi

Alhamdulillah
Ramadhan hampir separuh bulan kita tempuhi.
Semoga segala amal ibadat kita dilipat gandakan dna diredhaiNya, Amin.
 
Cerita berbuka puasa hari ke 10.
Seperti biasa kami berbuka di rumah lagi.
Menu kebanyakkannya dimasak sendiri.
 
Menu ayam rendang opah sebenarnya telah pun di masak awal kerana Mr. Husband bawa bekal ke perantauan untuk berbuka puasa.
Semasa kami menghantar Mr. Husband ke KLIA2, sempat juga singgah ke kedai buku dan membeli buku resepi masakan ayam daging. Kami mencuba resepi baru iaitu Ayam Masak Kuzi. Sedap juga. Memang berbaloi membeli buku tersebut.
 
Selain itu anakanda Alif teringin nak makan lemang, jadi saya beli 3 potong di Bazaar Ramadhan Kelana Jaya. Lemang di Bandar selalunya lemang rebus. Yang sedap lemang bakar. Garing!! Tu dia.
 
Alhamdulillah, rasanya jika berkesempatan memasak dirumah, memang lebih berbaloi-baloi dan lebih terjamin kebersihan penyediaannya.
 
Tetapi kalau yang tidak sempat memasak tu, pastikan anda membeli di kedai yang anda biasa beli kerana dikhuatiri makanan yang dibeli "Indah Kabar Dari Rupa"
 
 
Rendang Ayam Opah, Asam Pedas Cencaru, Sayur Kacang Panjang, Bubur Lambuk Ayam Masak Kuzi dan Lemang
 
Rendang Ayam Opah
Ada sesiapa nak resepi Rendang Ayam Opah?
Kalau ramai yang komen nak, InshaAllah nanti saya share untuk uols semua mencuba.


16 comments:

  1. sedapnya kak. ishh da lama xmakan lemang. teringin pulak nak makan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan
      Akak pasal tahun ni xberaya ke Perak
      So p cari lemang kat Bazaar

      Delete
  2. Aliff nak makan lemak? Hehe
    Ana mmg dari kecik tak suka makanan berpulut. Alah jugak sebenarnye. Hehe. Jd kalau org cakap lemang tu sedap lemang ni sedap, tak tau nak komen ape. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..typo tu, hehe
      Yup memang tak boleh makan lemang banyak sangat terutamanya yang semput

      Delete
  3. nak tau gak camna nak masak ayam rendang opah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah,...nanti akak up kan resepi k

      Delete
  4. macam ayam penyek pun ade .. hehehe. lama sgt dah tak makan lemang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkan lemang...
      Terasa nak raya tu

      Delete
  5. share sikit resepi rendang ayam opah... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, tunggu tau entry resepi tuh

      Delete
  6. Sedapnya menu berbuka akak..betul tu kak masak sendiri lebih terjamin kebersihan dan kesedapan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang ahli keluarganya tidak ramai, mungkin berbaloi membeli

      Delete
  7. nak nak...share la kak resepinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jap jap tgh cari pen dan kertas

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78