HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Jul 2014

Ramadhan ke 8 Nasi Arab di Hadramawt Gardens Restauran Danau Kota

 ASSALAMUALAIKUM

Hari ini Fuza nak buat review tentang Hadramawt Gardens Restauran.
Kepada peminat Nasi Arab, Nasi Beriani dan Nasi Ayam Mandy silalah baca sini.
Terletak berhampiran dengan Uptown Danau Kota. (VIEW MAP)
 
 Kami ke sini untuk berbuka puasa bersama abah mertua serta adik beradik ipar duai saya.
Seramai 20 orang termasuk kanak-kanak semuanya.
Itu pun ada lagi 3 orang tidak dapat bersama kerana tugasan.

Restauran yang bertemakan masakan Arab ini mempunyai rangkaian menu untuk dijadikan hidangan berbuka puasa.

Kami sampai awal disini.
Terus tempah bilik yang berhawa dingin yang boleh memuatkan 20 orang pada satu masa.Just nice. Ngam-ngam untuk kami sekeluarga.
Bukan apa, makan bersama anak-anak kecil ni perlu utamakan keselesaan juga.

Kami terus membuat pesanan. Ada yang order Nasi Beryani Ayam/ Chicken Mandy, Ada yang penggemar tegar Kambing, ada yang nak makan kebab dengan roti prata dan saya yang tidak makan makaan berempah memesan Spagheti Arabiata.

Secara keseluruhan
Makanan terdapat banyak pilihan. Western menu pun ada.
Suasana kedai juga nyaman.
Tempat solat juga disediakan.
Pekerja semuanya dari Egypt fasih berbahasa English.
Harga berpatutan.
Tuan kedainya Encik Yasser juga sangat peramah dan jenuh juga lah dia melayan kerenah kami sekeluarga.
Cuma pesanan saya, sekiranya anda datang beramai-ramai, lebih baik ambil Set Family. Lebih menjimatkan dan menggelakkan pembaziran.
Datang tempah awal untu mengelakkan kesesakkan semasa bulan Ramadhan khasnya.
Parking juga senang.

Alhamdulilah, makan-makan kali ini Mr. Husband yang belanja.
Sebenarnya kami memang dah lama merancang untuk mengadakan makan-makan keluarga. Kebetulan bulan Ramadhan, maka acara berbuka Puasa adalah sangat sesuai.
Sekali -sekala berkumpul, apa salahnya.

Thank You to Chekgu Azrine coz bersusah payah mencari lokasi untuk berbuka puasa tersebut. Mr. Husband saya yang telah memberikan tugasan tersebut kepada beliau kerana terletak berdekatan dengan kawasan rumahnya.

Alhamdulillah, semoga ada rezki lagi untuk gathering akan datang.
 
Hadrmawt Gardens Restauran Menu Nasi Arab di Danau Kota
 
Hadrmawt Gardens Restaurant
 
Bilik berhawa dingin yang boleh memuatkan 20 orang pada satu masa
 
Saya dan  Chekgu Azrine sedang menelek menu.
 
Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kita posing dulu
 
Abah Mertua saya yang handsome, berbaju kemeja biru duduk sebelah kanan Anakanda Alif
 
Meja sebelah untuk kaum ibu gojes dengan anak-anak dara
 
Sedap!! Mr.Husband sempat lagi posing tu. My heroes menikmati Nasi Arab
 
Aina dengan Makcik Yaya. Kemain budak yang pose sesangat ni
 
Set Family Lamb Beryani

Lamb Beryani untuk seorang
Chicken Kebab bersama roti prata
 
Chicken Mandy Beryani
 
Spagethi Arabiata
 
Penne Arabiata
 
Lamb Beryani RM18.00
 
Menu
 
Menu Nasi Arab Nasi Beryani
 
Resit Tulisan Jawi Asli dari Egypt


14 comments:

  1. Ke tiga2 nasi yg akak sebut tak pernah lagi lya mkn hhee

    ReplyDelete
  2. Ana pernah makan nasi mandy kat 8 jenis restoran arab. Semua tak sedap. Paling sedap, tip top rasa dia..restoran kat shah alam. Sedap dia..pergh tak terkata. Sebab chef dia, ade bukak restoran kat mesir. Fuh. Yg kat danau kota ni, ana tak pernah test lg. Nanti try lah. Mane la tau, ni lg sedap ke. Thanks share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shah Alam kat mana?
      Actually akak xmakan makanan berempah sebab perut sensitif. So xboleh nak ckp sedap melampau ke x.

      Delete
  3. Azwar kalau makan nasi arab dekat area Putrajaya..hehe..Semalam baru berbuka nasi arab, dekat rumah..haha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belah sana, dekat dgn UNiTEN tu Nasi Beriyani Gam kan? Sedap juga

      Delete
  4. sedapnya nasi arab...dah lama tak makan...
    seronoknya tengok keluarga besar Fuza berbuka puasa bersama-sama..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Surs
      Mmg jenuh nak bagi semua ada sebab masing2 kerja luar KL

      Delete
  5. memang antara juadah fav kak ana nasi arab semasa iftar ni, mak ai bil dlm arabic tu..bayar dinnar ke RM ?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe
      Payment dah convert to RM kak

      Delete
  6. wah sedapnya....paling menarik resit ler..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78