HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

7 Jul 2014

Resepi Daging Masak Dendeng Utara

 Resepi Daging Dendeng ini sebenarnya sangat mudah.
Semudah A, B, C .
Asal resepi ini sebenarnya dari Arwah Mak Njang Fauziah Binti Hashim, iaitu Mak saudara Mr. Husband.
 
Menu ini sesuai di makan dengan Nasi Minyak mahu pun dengan Nasi Putih panas-panas.
 
Jom usha resepinya. 
 

Resepi Daging Masak Dendeng Utara
 
Resepi Daging Masak Dendeng Utara
 
 
Bahan A
 Daging
 Bawang Goreng
Ubi kentang
 
 
Bahan B
Bawang merah dan putih
Bawang Besar (optional)
Cili Giling
Kicap
Asam Jawa
 Garam Secukup Rasa
Minyak Masak

Cara-cara Memasak Daging Masak Dendeng Utara
 
Penyediaan Bahan A
1-Daging dipotong kecil dan direbus sehingga empuk. Setelah itu digaram kunyit dan digoreng.
 
2-Kentang di hiris mengikut size kehendak anda dan goreng kekuningan.
 
3- Bawang dihiris, digaulkan dengan garam lalu digoreng
Tips : Untuk cepat garing jangan asik kacau.
Api jangan terlalu besar kerana bawang goreng yang hangit akan spoilt resepi keseluruhannya.
Untuk bawang goreng yang rangup, jangan di basuh bawang selepas dihiris. Basuh selepas dikupas kulitnya.
Jangan terlampau banyak minyak kerana bawang goreng ini akan diambil sekali dengan minyak gorengannya.
 
 
Penyediaan Bahan B
1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
(Kalau di tumbuk lagi bagus daripada diblender)
 
2. Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
 
3. Masukkan kicap.
 (Yang ini terpulang kepada anda. Jika mahu Daging dendeng berwarna kemerahan makanya tak perlu letak kicap ataupun letak sedikit sahaja)
 
4. Masukkan air rebusan daging tadi sedikit untuk memasak sambal sehingga pecah minyak. Air rebusan itu juga bertujuan untuk adjust kepekatan masakan. Kalau nak berkuah masukkan lebih. Otherwise sedikit sahaja untuk bagi rasa manis daging.
 
5. Jangan lupa air asam jawa dan sedikit garam. Jangan letak banyak kerana anda telah memasukkan kicap tadi. Biar menggelegak lama.
(lebih lama lagi bagus supaya cili masak betul dan tahan lama)
 
6.Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
 
7. Masukkan ubi kentang yang telah digoreng.
 
8.Setelah sebati dan menggelegak, masukkan bawang goreng bersama dengan minyak gorengannya untuk rasa yang ummphh
 
Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba
 
Resepi Daging Masak Dendeng Utara by Sulaman Lace Heaven
 
 
 
 
Cerita lain pasal Daging Dendeng :-
 
 

10 comments:

  1. ok hari ni masak ikut resipi kak fuza pulak...he he he...bertukar2 resipi kita sesama blogger ni ek bulan Ramadhan ni....

    ReplyDelete
  2. Mudahnya resepi..boleh cuba cuti nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,,cuba untuk koleksi menu ye

      Delete
  3. Boleh try nanti. Thanks k.fuza

    ReplyDelete
  4. Nampak mudah je tpi klau lya yg mak ni mesti terkial kial juga ni he

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78