HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

5 Jul 2014

Resepi Lala Goreng Serai Menu sekeluarga peminat seafood

Assalamualaikum
 
Mencari menu untuk dimasak untuk berbuka puasa?
Apa kata cuba resepi mudah ini.
 
Lala Goreng Serai namanya.
Kenapa Serai?
Mr. Husband saya ni agak particular tentang masakan seafood yang berbau.
Jadi untuk menyedapkan bau agar ada bau Wangi, gorengkan lah bersama serai dan daun kunyit.
 
Jom semak resepi,
Cuba tau.
 
Resepi Lala Goreng Serai
 
Resepi Lala Goreng Serai
Lala
2-3 Batang Serai di ketuk**
Beberapa helai daun kunyit**
Bawang Putih dihiris**
Bawang Merah dihiris**
Seinci halia di ketuk**
Cili masak di hiris**
Cili padi di ketuk (Optional)**
Minyak Masak
Air secawan kecil
Garam secukup rasa
 
 
Cara-caranya.
Panaskan minyak.
Tumis bahan-bahan-bahan diatas.**
Masukkan lala
Masukkan air sedikit untuk membantu empukkan sedikit Lala.
Tutup dengan penutup kuali seketika. Jangan lama sangat nanti hilang kemanisan rasa Lala tersebut.
Angkat dan sedia dimakan.
 
Selamat mencuba.
 
Tips.
Untuk memastikan kebersihan lala daripada pasir, hendaklah direndamkan terlebih dahulu. Kemudian di toskan.
 
 
 


19 comments:

  1. Sedapnya..kaksura suka jugak lala ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali pelbagaikan menu supaya anak3 wake up kak

      Delete
  2. Lama dah xmakan lala..adiks semua suka lala..biasa masak camni jugak..tp potong cili kering goreng sekali..sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. My kids goreng macam ni mmg bersilang tgn berebut makan

      Delete
  3. antara fevret ni.. makan lala bukan boleh sikit2 ihik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CT
      Memang 2-3 kilo sekali hadap

      Delete
  4. Sedapnye.. Hadoi.. Try layan la nanti. Thanks share. ^^

    ReplyDelete
  5. haa... mak selalulah buat. tapi itulah.. tak puas sgt kadang-kadang.. isinya sikit je. hehehe. bantai sepinggan terus, hikhik

    ReplyDelete
  6. berbaloi dpt beriftar dgn lala ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah blank nak masak apa
      Helpppp

      Delete
  7. Replies
    1. Kena makan Lala Sop
      Amik mood OlalaBola World Cup
      Hehe

      Delete
  8. Pertama kali lya dgr namanya lala macam kerang kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah,
      Yang ini cengkerangnya licin
      Yang kerang kulitnya keras skit

      Delete
  9. Ya Allah sedap tu lala msak cmtu.. Jnuh sy dok cari resepi.. Sbb xtau nma dia apa.. Pnh mkn kt 1 tmpt ni.. Dok teringat2 je..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78