HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

4 Jul 2014

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN
 
Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.
Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
 
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.
Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.
Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.
 
Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.
Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.
Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
 
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
 

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
 
Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.
Jika anda melakukan dengan ikhlas InshaAllah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan..


Gambar Hiasan Ihsan GOOGLE
 

8 comments:

  1. masa kecil mak selalu pesan,perbanyakkan sedekah al-fatihah kalau nak arwah ayah balik kerumah masa puasa...tetiba rindu kat arwah..salam jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. AlFatihah buat arwah ayahanda anda.
      Semoga Arwah tergolong didalam golongan yang dikasihiNYA

      Delete
  2. Takutnya bila ingat mati :( mati itu dekat dgn kita cuma masa dan bagaimana saja yg kita tdk tahu ::(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah...Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui segalanya...

      Delete
  3. Arwah nenek pernah cerita masa bulan Ramadan la roh2 ni datang ziarah anak2 tengok aktiviti anak2 dr jauh dan anak2 dianjurkan dan digalakkan menziarahi pusara mereka dan mengaji dan berdoa ...moga mereka tengan disana InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...Mudah-mudahan mereka mudah dan tenang di sana.

      Delete
  4. Nice sharing.. Patut la beberape ramadhan ni macam asyik teringat orang yang dah takde. Mungkin minta doa. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Org2 tua selalu ckup mcm tu memang betul kan kak

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78