HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Jul 2014

" Segmen Blogwalking "Pink Lady"

 
Tema segmen blogwalking adalah 'pink lady'
Bererti khusus untuk para bloggers wanita serta mempunyai kaitan dengan warna pink.
Tidak kisah sama ada pink ialah warna kegemaran atau kebencian, ataupun warna kebetulan yang sering kali anda pilih walhal warna favourite sebenarnya lain.
 
Bermula pada 6 Julai sehingga 20 Julai 2014
 
Selain itu, tujuan segmen ini dijalankan adalah of course untuk saling kenal mengenal antara bloggers wanita yang lain tidak kira sama ada baru ataupun sudah pun lama dalam dunia blogging.
Jom join :)
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/07/2-segmen-blogwalking-pink-lady.html
Klik Banner
Kisah Baju Kurung Sutera Pink
 
Kejadian ini berlaku dalam tahun 2002.
Pada masa itu merupakan tahun honeymoon buat saya dan Mr Husband.
Kebetulan pula masa itu saya "Bunting Pelamin"
Nak jadi cerita, morning sickness saya memang sangatlah teruk.
Nak bangun pun lemau. Asik rasa mual dan pening.
Kebetulan juga pada masa itu ada banyak jemputan perkahwinan yang perlu kami hadir sebagai membalas kehadiran mereka semasa majlis kami.
 
Pada satu jemputan kenduri, saya memakailah Baju Kurung Sutera dari China. Warna pink lembut nya memang menampakkan ayu seri pengantin. Cewah, perasan jap.
Selalunya baju sutera saya akan hantar dobi.
Tetapi disebabkan keadaan kesihatan yang tak menentu, saya telah longgokkan baju tersebut. Dengan cadagan ingin menghantarnya ke kedai dobi hari minggu nanti.
 
Mr. Husband yang kasihan dengan keadaan saya terus menyuruh saya berehat.
Alhamdulillah, dia banyak membantu saya. Pandai memasak tu dah kira the best of him.
 
Hari minggu, saya mencari semula Baju Kurung Sutera Pink.
Tak jumpa di tempat yang saya letakkan hari tu.
Saya bertanyakan Mr Husband.
 
"OOoo baju tu abang dah rendam dengan pelembut. Kan sutera so kena lah bagi lembut"
 
Argggghhh...terus saya cari baju tersebut didalam baldi yang direndamnya.
Alangkah terkejutnya saya, Baju Kurung Sutera Pink telah menjadi Putih Berseri!!
Warnanya telah pun luntur sopak sana ni.
 
"errkkk sorry awak,,abang tak tahu pulak dia boleh rosakkan baju sampai macam tu. Nanti abang beli kain lain ye"
 
Kasihan pula dengan Mr. Husband. Niat nak tolong tapi jadi lain.
Tapi saya cakap pada dia, tak apa lah..bukan rezeki, tetapi merasa juga pakai sekali.
 
Sejak kejadian itu Mr Husband pasti akan bertanyakan dulu pada saya sebelum beliau nak tolong dengan laundry.
 
Too bad, tak ada pula saya snap gambar baju tersebut.
 
 


15 comments:

  1. syg amat tu ... benda dah jadi , redha jer la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..tak pe lah...kenangan tu...hehe

      Delete
  2. goodluck..jemput join ga syira

    ReplyDelete
  3. Salam kenal...wanie singgah dan follow sini..Selamat bersegmen ye..All the best.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan...tq sudi singgah sini :)

      Delete
  4. Bertambah je la kak Fuza

    ReplyDelete
  5. Alolo..sedihnye. Dah kene rendam sampai sopak pulak jadinye.

    ReplyDelete
  6. aduhai.. sayangnya.. tapi nak buat macam mana kan... benda dah jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..at least dia tolong lah juga kan..so sweet

      Delete
  7. sungguh sweet..:) tak apa..tak ada rezeki..tapi sangat beruntung dapat suami yang sweet2 kan
    terima kasih sudi join ! :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78