HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

21 Jul 2014

Setahun Hanya sekali....Biskut Suji Arab pilihan wajib

Assalamualaikum
Hari ini sudah masuk minggu akhir Ramadhan.
Subhanallah, sekejap aje Syawal bakal menjelma.
Ramadhan bakal dirindui.
 
Alhamdulillah
Segala persiapan raya telah pun sedikit demi sedikit di sediakan.
Untuk anak-anak khasnya telah pun siap semuanya.
Bersederhana sahaja. Yang penting semua serba baru buat mereka.
 
Kalau nak sambut Hari Raya pasti sinonim dengan biskut raya.
Macam-macam jenis biskut yang menjadi pilihan. Yang lama yang baru semua ada.
Biskut Samprit,Kuih Bahulu, Kuih Makmur, Tart Nenas, Kuih Tiram , Kuih Bangkit Kelapa, Kuih Almond London dan macam-macam lagi.
 
Seperti tahun-tahun yang sudah dan sejak saya di zaman kanak-kanak lagi, emak saya akan mula membuat biskut raya seminggu sebelum lebaran.
Kenapa tak buat awal?
1- Takut cepat habis.
2- Abah na pastikan kuih tu masih segar. Kalau buat awal sangat dah kurang rangupnya.
 3- Selalunya dah hujung puasa semangat tu lagi membara so gagah juga ler nak buat biskut.
4. Selalunya kami akan agihkan kepada ustaz yang mengajar kami mengaji dahulu. So nak bagi kat tuan guru biarlah elok fresh kan.
 
Ok dalam banyak-banyak biskut, keluarga saya sangat suka dengan Biskut Suji Arab.
Bahannya mudah aje, kacang tanah yang diblender dan minyak sapi.
Rangup nya tak tau nak habaq aihh.
Cair dimulut umpama Biskut Kacang Tumbuk.
 
Selalunya saya dan adik-adik bergabung tolong emak buat biskut ini selepas bersahur.
Riuh rendah dapur umpama esok nak raya.
 
Tahun ini adik-adik dirumah keluarga masing-masing.
Jadi keriuhan membuat kuih raya tahun ini dimeriahkan dengan keriuhan anak-anak.
Memang mengacau je yang banyak sebenarnya.
Tetapi suasana macam tu akan jadi kenangan mereka suatu hari nanti.
 
Uols semua dah buat kuih raya ke??
 
Loyang pembakar kuih raya
 
Kuih Suji Arab ready untuk di bakar
 
Zoom in Suji Arab yang fresh from oven.
 
Suji Arab - Siap Packing
 


18 comments:

  1. belum buat ... x cukup bhn ... huhuhuuu

    ReplyDelete
  2. Ana tak suke biskut suji ni. Huhu. Dari kecik tak suke makan biskut raya. Selalu layan kerepek je. :D

    ReplyDelete
  3. rsa nk pth pinggan buat sekut

    ReplyDelete
  4. Wah nak hhee lya wat 4 jns biskut je

    ReplyDelete
  5. Cik Mimie baru siap 3 jenis kuih..ondeway 2 jenis lagi..ekeke..semangat2 :)

    ReplyDelete
  6. i dah tau packing 2 tu nak kasi i kan??
    hahahaha..keji

    ReplyDelete
  7. biskut suji ni macam mazolla tak (betul ker ejaannya) hehe- suka sgt2x..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti plak...rasa macam kacang tumbuk tu..sedap

      Delete
  8. Replies
    1. Sedap kuih ni..macam kacang tumbuk

      Delete
  9. Ehh.. Selalu klau dgr bskut sugi kaler putih..yng ni lain..

    ReplyDelete
  10. Ehh.. Selalu klau dgr bskut sugi kaler putih..yng ni lain..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78