HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Aug 2014

2nd Syawal Riang Ria di Kebun Karangan dan Sidam Rumah Terbersih

 Assalamualaikum

Masih mood Raya Aidilfitri.
Hari ini baru berkesempatan nak share cerita Raya ke 2 di Penang.
Menariknya cerita raya ke 2 apabila kami sekeluarga meredah kebun.
Kebun abah mertua terletak di Karangan.
Hah, yang paling glamer masuk kebun is iols ler.
Dengan baju kurung Batik Ekslusif hadiah dari Mr. Husband. Semestinya purple color, warna kegemaran saya.

Kebun tersebut memang jarang kami kunjungi kerana semuanya berada di Kuala Lumpur.
Kebetulan ada musim rambutan, dokong dan cempedak. Rezki kami.
Memang sakan mengutip buah-buah dari kebun.
Bagi anak-anak pengalaman macam ni memang terindah. Kalau di Kuala Lumpur, buah-buahan semuanya dah duduk dalam packaging. Mana nak kenal pokok buah-buahan.

Macam-macam ragam lah anak-anak KL masuk kebun.
Yang anak buah takut hutan katanya ada Dinasour.
Yang biras, Salwa pulak lari laju-laju ada pacat.
Yang adik ipar, Alyaa, terjatuh lah atas tanah basah..nasiblah kotor sikit je.
Yang saya paling glamer dengan baju kurung Batik Terengganu. Kerlazzz
 
 Selesai bersuka ria di kebun, kami langsung pergi berhari raya ke Sidam Kiri, Kedah.
Di sini semuanya saudara mara belah arwah umi mertua.
Memang ramah sedara mara di sini.
Kami lepak di rumah Tok Njang. Tu hah, gambar rumah dia. Halaman rumah bersih. Memang selalu menjadi pujaan saya. Admire sungguh.
Makan-makan kami serang ke rumah Tok Lang. Sakan kami melantak. Laksa Kedah pun ada..nandiaa!!

Di sini kami sambung goncang pokok rambutan. Memang best dapat petik buah-buahan tu sendiri dari pokok. Yang adik ipar siap bawa anak bini dia ronda kampong naik motor. Lantak korang. Memang raya sakan.
 
Oh ya, sebenarnya pada hari raya ke 2 ini, iaitu 29 July 2014 merupakan sambutan 19 tahun Ulangtahun perkenalan saya dengan Mr. Husband.
Tu yang kami pakai sedondon purple.
Macam comel je
Macam cantik je
Macam romantic je
Doakan kebahagiaan kami ye semua
(Hehehe...sila jangan pengsan!!)
  
Selfie di dalam van abah mertua sebelum gerak ke kebun

Acara menyerbu kebun buah-buahan abah mertua
 
Saya yang glamer masuk kebun. Ada I kisah :)
 
Mr. Husband sakan mengait buah rambutan
 
Buah cempedak yang rimbun di sana sini pokok
 
Sempat juga buat dama memetik buah dokong. Ececeh..
 
Rumah Kampung Halaman tercantik
 
Bersuka ria di halaman rumah Tok Njang di Sidam Kiri, Kedah
 
Pokok rambutan merimbun sana sini
 
Makanan meriah di rumah Tok Lang
 
Adik ipar, Amir bersama isterinya Ini Katini dan anak-anaknya merempit keliling kampong
 
Bergambar keluarga dengan Tok Walia, tok belah arwah Umi mertua
 
Saya dan Mr. Husband.
 Semoga kasih sayang kekal bersemadi hingga ke syurga yang abadi.
 


18 comments:

  1. suka tengok rumah tu...nampak cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah lama lama mmg cantik kan

      Delete
  2. cantikla umah tradisional tu kak..trtarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan rumah lama-lama ni.
      Rumah kampong memang nyaman

      Delete
  3. Glamournya Kak Fuza..sentiasa cantik ye.. ^_^

    ReplyDelete
  4. suki pun sibuk amik rambutan di kampung..fresh2 uols :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim buah-buahan skrg ni. Sakan

      Delete
  5. akak paling glemer masuk kebun..:)

    ReplyDelete
  6. Bestnya masuk kebun.. tak pernah try ^^

    ReplyDelete
  7. Raya thun ni bukan setakat mkn kuih rya je.. Tp siap pkej mkn buah sekali.. Untung orng yng ada kebun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Rindu suasana Raya

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78