HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Aug 2014

Cerita Raya ke 5 dan ke 6 Syawal dari Penang ke Perak

 Salam Sejahtera semua.
Hari ini nak cerita hal selesai beraya di Penang.

Seperti semua maklum, kami berkampung di rumah Taman Koskam, yakni rumah ala-ala Home Stay kepunyaan abah mertua.
Hah, dah nasib kami balik yang paling lewat, makanya perlulah membuat pengemasan menyeluruh. Eh, sememangnya saya dan Mr Husband memang selalu plan balik yang paling last sebab nak berkemas rumah. Maklumlah, rumah tinggalkan.
Nak kemas dapur, nak simpan semua pinggan mangkuk, periuk belanga,  nak kemas bilik-bilik, nak cuci sekeliling rumah dan sebagainya.
Supaya next visit akan jadi selesa dan tak banyak lah nak dibersihkan.

Tengok tu hah, dapur yang tunggang-langgang.
Alhamdulillah, ada jugalah perkakasan dapur dari rumah kami di Batu Kawan dulu yang dapat digunakan disini. Tak selesa tapi ada ler juga dari tak ada.
Alhamdulillah

Setel pengemasan, kami terus gerak ke Ipoh. Lebih spesifiknya Sungai Siput (U) iaitu kampong mak saya. Parents mak saya berasal dari situ, tapi Mak saya membesar di Kuala Lumpur kerana arwah atok merupakan anggota polis sebelum ini.

Perjalanan ke Ipoh memang sangatlah mencabar kerana lalulintas telah pun mula sibuk.
Waduh..terpaksa juga ditempuhi

Penat dengan perjalanan yang bumper to bumper tu, kami melepaskan lelah di tepi Sungai Perak, Kuala Kangsar. Orang tempatan panggil Lembah.
Pekena laksa, pau, mee hailam dan meehun sup yang terkenal disitu. Memang sangatlah nikmat tak terkata. Dukacita gambar makanan tak sempat nak snap. Kelaparan melanda.

Almost jam 8.30 malam baru sampai di Sungai Siput (U).
Alhamdulillah, sampai juga akhirnya setelah seharian dok atas jalanraya.
Opah duduk kat kampong ni dengan Mak Lang, yakni adik mak.
Ada ler orang tengok-tengokkan opah yang dah berumur 80an tu.
 

Dapur sebelum dikemaskan di Taman Koskam
Dapur yang telah dikemaskan di Taman Koskam


Ruang Tamu siap kemas

Menuju ke hadapan ayahbonda di Hari Raya Aidilfitri

Anak-anak ditepi Sungai Perak

Candid dengan jam Joyrich G-Shock hadiah hari raya.


Sungai Siput (U) Perak

Rumah Arwah Atuk Othman Bin Alang Jaafar di Kampung Kota Trosor, Sungai Siput, Perak
 


17 comments:

  1. Masih mood raya lagi eh? Hihi.

    ReplyDelete
  2. masih mood raya ada beberapa minggu lagi kan kak

    ReplyDelete
  3. Macam-macam cerita raya yang boleh dikongsikan kan Kak Fuza.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak larat nak cerita semua Wanie...yang patut2 je...hehe

      Delete
  4. Bestnya dpt present raya...cun plak tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun hanya sekali...haha...
      Alhamdulillah.

      Delete
  5. Wlpn sy orng ipoh, x de selalu pn turun ke sg.siput. sbb sna pekan pn kcik kn..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78