HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

12 Aug 2014

Hari Raya ke 4, Berhari Raya sambil makan kenduri

Assalamualaikum semua.
 
Hari ini sudah separuh bulan Syawal.
Cerita Syawal masih lagi heboh sana sini.
Hari ini nak share cerita Syawal ke 4 saya. Masih di kampong Mr Husband di Penang.
Hah, harap tahun depan dia tak berkira pula untuk menyambut Syawal bersama kedua ibu-bapa saya yang masih hidup tu. Kenalah sama rata kasih sayang pada kedua ibubapa dan mertua kan.
 
Hari Raya ke 4, kami ada jemputan kenduri kahwin di Sidam. Yang saya tahu di sini kebanyakkannya saudara mara belah arwah Umi mertua.
Kalau kenduri di kampong, awal dah boleh makan.
Menu orang Utara ni semestinya ayaq asam gu dengan sup tulang.
 
Selesai makan kenduri kami berkenduri makan aiskrim potong pulak. Dah lah murah, bukan main besar gedabak aiskrimnya. RM1.50 harganya.
Sementara depa dok makan aiskrim, saya berselfie tak hengat. Suka dengan suasana rumah kampong. Oh ya itu rumah Tok Ndak, tapi dianya tak ada keluar berhari raya rasanya.
 
Sebelum gerak pulang, kami singgah berhari-raya ke rumah Makcik Shon.
Dia ni best friend arwah Umi mertua. Sama-sama p ngaji pondok zaman remaja depa dulu.
Makcik Shoun banyak berkongsi cerita tentang luahan arwah tentang keluarganya.
Biarla menjadi rahsia antara saya dan dia. Banyak pesanan yang menjadikan saya kuat untuk terus tersenyum.
 
Alhamdulillah..selesai Syawal ke 4, apa pulak cerita seterusnya ye??
 
Hari Raya Ke 4 Berdating dengan Mr Husband
 
Lauk kenduri Ayaq Asam, Sup Tulang
 
Belanja duit raya beli aiskrim
 
Kenduri Makan Aiskrim di Sidam
 
Aiskrim Potong di kampong besar gabak
 
Bersama Chekgu Azrine, Mak Mertua Tiri I
 
Bersama Makcik Shon, Best friend arwah Umi Mertua
 
 
Klik Entry yang berkaitan :-
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


15 comments:

  1. selamat hari raya dan maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak.. penang katna tu..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sekali sakala dapat bercuti :)

      Delete
  4. Mak aih..besar gedabak haa dia punye eskem. Pergh..acano nak makan tuh. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah dianya..memang tertangkup :)

      Delete
  5. Wah meriahnya.. eh dah lama tak makan ais krim potong mcm tue..ada lagi orang jual yer..=D

    ReplyDelete
  6. biar btl aiskrim potong tu kak besar gedabak

    ReplyDelete
  7. Waa.. cakap utara plak xD

    ReplyDelete
  8. Besarnya aiskrim potong tu. Puas mkn tu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78