HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

16 Aug 2014

Hari Raya ke 7 dari Ipoh terus ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum.
 
Hari ini dah masuk minggu-minggu akhir Syawal 2014.
Hari ini pasti ramai yang sibuk mengisi jemputan rumah terbuka juga jemputan kenduri kahwin.
 
Saya juga akan ke majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh anak saudara saya iaitu Siti di Sunway, serta akan langsung terus ke majlis perkahwinan anak saudara saya yang akan berlangsung di Gombak.
 
Ok sebelum keluar beraya, nak update cerita Hari Raya ke 7.
Masa ni, kami berada di Sungai Siput, Perak. Kebetulan pada masa ni ada majlis kenduri kahwin anak saudara sepupu saya. Junid namanya. Dia ni askar based di  Sipadan. Dapat isteri dari aliran farmasi, baru je habis belajar degree rasanya. Alhamdulillah. Jodoh.
 
Kenduri kendara di kampong memang meriah kerana semuanya bergotong-royong.
Dah lama tak berkumpul berjumpa dengan saudara mara disini.
Namun selesai je makan kami terpaksa gerak ke Kuala Lumpur kerana dikhuatiri jalan raya akan sesak kerana cuti raya dah habis.
 
Sebelum masuk highway kami singgah ke Tambun melawat adik engineer Diana Jamil yang sama-sama bekerja di Projek Jambatan ke 2 Pulau Pinang.
Alhamdulillah, susah payah mama adik Diana menyediakan juadah buat kami. Segan pulak kami.
 
Terus masuk highway. Seperti yang dijangka, jalan raya sesak. Enjoy!!
Kebetulan pula pada hari tersebut adik ipar ada buat acara makan-makan di rumah isterinya di Semenyih. Tapi dah bagitahu, kalau sempat kami singgah. Kalau lewat sangat terpaksa lupakan aje hajat ke rumahnya.
 
Dengan izinNya, kami sempat sampai ke Semenyih pada jam 8 malam.
Demi nak jaga hati semua pihak, dalam keletihan tu, kami jenguk lah juga ke rumahnya.
Pada masa tu memang dah rumah tertutup. hehehe.
Selera nak makan pun tidak lah meriah sangat.
Tapi demi silaturrahim.
 
Apapun, Alhamdulillah, perjalanan kami selamat sampai ke rumah.
Dari KL ke Penang ke Perak dan ke KL terus ke Selangor.
Seminggu yang penuh dengan cerita, penuh dengan warna warni AidilFitri. 
Sempat lah juga malam tu suruh anak-anak kemas beg sekolah kerana esok dah mula persekolahan.Oh tidakkkk...Monday Blues katanya!!!
Habis sudah cerita seminggu berhari raya.
 
Cerita raya ada lagi ke????
 
Serba Merah-Pink di pagi Syawal ke 7
 
Bersama opah saya, yakni Moyang kepada anakanda saya

Bersama keluarga makan kenduri Raya

Anak Abah...

Pengantin dah sampai

Bersama Adik Engineer, Diana Jamil di rumahnya di Tambun.

Macet Bangat

Berhari raya ke rumah Biras, Salwa. Itu anakanda Aina bersama adik Salwa..
 
Cerita 3rd Raya 2014
Cerita 4th Raya 2014
Cerita 5th & 6th Raya 2014

13 comments:

  1. meriahnya raya dia.. selamat hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala cuti panjang Mama

      Delete
  2. Ehem ehem..kak fuza masih mood raya lagi rupenye. Hehe..sakan beraya. ^_^

    ReplyDelete
  3. di penghujung syawal masih ada lagi open house sama gak kat cne kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aidilfitri memang seronok kunjung mengunjung :)

      Delete
  4. Waaa.. Raya buat mjlis knduri kawin. Mesti meriah kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 in 1...kenduri sambil open house raya..hehe

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78