HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

15 Aug 2014

Kalau Cerewet Jangan Shopping Online

http://fuzamusa.blogspot.com/2013/07/kalau-cerewet-jangan-shopping-online.html
Shopping Online

Assalamualaikum

ISU Hangat.
Hah kenapa kenapa kenapa????

Ok saya pernah update entry KALAU CEREWET JANGAN SHOPPING ONLINE

Sudah menjadi trend masa kini membeli secara ONLINE menjadi satu keperluan.
Saya juga ada menjual beberapa produk secara online seperti Kain Ela dari Indonesia, Kain Telekung dari Bandung, Kain Tudung dari Indonesia serta Product Kesihatan dari Haio.

Untuk Makluman semua, urusniaga kecilan saya adalah berdaftar dengan SSM di bawah nama AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U  dan saya juga adalah ahli HaiO berdaftar.

Semuanya di hujung jari anda. Banyak sebab pengguna berbelanja secara online.

Antaranya :-
Barang yang di jual tidak ada kat sini. Mungkin di luar Negara.
Barang yang di jual handmade. Perlu Pre-Order
 Tiada masa untuk keluar membeli.
Lebih banyak pilihan di online.
Malas keluar membeli kerana traffic jam.
Harga lebih murah jika beli pukal.
Last minit shopping.
 
 
Ada banyak kerenah sebenarnya pembeli ni, antaranya :
  1. Pembeli yang serious nak membeli. Selalunya pembeli seperti ini akan memilih barangan, buat bayaran, obey dengan Terma & Syarat, tunggu barangan yang di pesan. Mudah berurus niaga dengan orang seperti ini. Tidak ada banyak soal-jawabnya. Dia happy..kita pun happy. 
  2. Pembeli yang was-was. Selalunya pembeli seperti ini "hati kata YA"..tapi  dok 50-50. Nak ke tak nak ..nak ke tak nak. Pembeli macam ni sebenarnya menyusahkan kita sebagai penjual serta supplier. Kalau dah confirm awal2..senang kita nak booking stok untuk dia. Kadang2 last minit kata baru nak nyesal stok dah habis. Lepas tu dok paksa kita cari stok lagi. Apa pun kita layan juga. Coz Customer Alwiz Rite katanya
  3.  Pembeli yang saje-saje. Hah yang ini pulak..saja suka2 pm nak Tanya harga..lepas tu senyap. Mungkin budget lari, mungkin juga dia mahu buat perbandingan harga. Geramlah juga, kerana once depa dah bertanya kita mesti nak follow up. Sat gi kata kita peniaga sombong, tak layan customer kecilan.Apa pun..TERIMA KASIH MENGHUBUNGI KAMI :)
  4. Pembeli banyak cengkadak  CEREWET!! Hah..gerun dengan pembeli under kategori ini. Cara mereka order tu..nak 101% seperti yang mereka idamkan. Nak seperti keinginan hatinya. Umpama kita ni tukang buatkan design tersebut. Memang kena sabar tahap megatron kalau layan customer macam ni. Siap kita pulak dimarahnya. Aikk... Sabar..Sabar....
  5. Pembeli yang tentukan harga jualan Yang ini special kes. Untuk pengetahuan semua, penjual pasti telah pun meletakkan harga yang setimpal dengan barangan jualannya. Macam-macam kos yang ditanggung peniaga pasti akan diambil kira pada harga yang ditawarkan. Kepada pembeli yang tempik "Mahalnya" "Tak Boleh Kurang Lagi?" "Kenapa orang tu jual murah?". Pada saya, kalau nak murah kena lah pergi cari sendiri. Kalau nak sangat murah tak bolehlah beli online. Berapa murah yang mereka mahukan itu memang tak logic. Sekadar diskaun yang sewajarnya pasti kami boleh tawarkan kepada pembeli. Kami tidaklah kejam sangatkan. Saya pun bukan lah jenis nak kaut keuntungan berlipat ganda yang kelak jatuh Haram hukumnya..  Nauzubillah

    Dikategori mana sekali pun kita, apa yang penting ialah kena lah ada perikemanusiaan sikit. Kalau rasa payah nak shopping online, sila lah pergi beli sendiri di kedai dimana kamu boleh pilih sendiri mengikut kepuasan hati dan kehendak sendiri. Membeli online ni ada banyak persepsinya. Tepuk dada Tanya selera.

    **Maaflah kalau ada yang terasa. Saya sekadar meluahkan apa yang patut tak patut di dalam dunia SHOPPING ONLINE. Maaf kalau ada yang terasa. Semoga semuanya menjadi garis panduan untuk kebaikan bersama. InshaAllah.

TERIMA KASIH kepada yang masih terus sokong SULAMAN LACE HEAVEN






21 comments:

  1. setuju..betul tu sis huuu

    ReplyDelete
  2. macam2 perangai pembeli..hihi
    kengkdg yumida pun jd pembeli online
    cuma bila brg dah sampai x sama mcm dlm gambar rs mcm frust sikit
    tp tu la risikonya membeli secara online
    apa pun pembelian dgn online ni lebih memudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.
      Fuza pun beli online juga. Pernah order fuza depa hantar silap, material jarang tak sama mcm iklan.
      Masalah warna tu memang payah sebab kdg2 cahaya dari camera membezakan warna asli.

      Dats y Fuza cuba layan kehendak pembeli sebaiknya dan bukan yang over acting :)

      Yumida tak komplen ke?

      Delete
  3. macam2 kerenah kan Fuza, apapun kak ana doakan semoga Fuza sukses dalam segala yg diusahakan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak Ana...
      Macam2 kes.
      Fuza pun buat kecilan aje kak

      Delete
  4. sebab tu saya jarang shopping online kak Fuza, sebab saya dalam kategori cerewet jugak bila bershopping...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..cerewet simple2 tu tak pe kot Farah...
      Ni hat macam dia sorang je yang beli dengan kita.
      Tak larat nak layan

      Delete
  5. orang sabar mcm fuza je boleh layan karenah pelanggan cmgitu kan..kalau suki...alamat tutup kedai :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna warni business ni Suki.
      Itu baru dugaan kecil untuk Fuza yang buat part time ni.
      Kalau ada business besaran, macamana agaknya dugaannyakan??
      Wallahuallam

      Delete
  6. Nad baru nak start business. Hope dioermudahkan lah semuanua. Ameen hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan Nad..
      Good Luck k

      Delete
  7. Betul tu.. Kalau cerewet jgn beli online. Kekadang cakap baju tu besar la kecik la. Jahitan tak kemas. Bukan ke mase nak membeli tu, kita yg pilih sendiri dan order. Jd nak membeli online ni kena tanggung risiko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sis.
      Kalau beli apa sekali pun secara online memang ada pro & con.
      Kena yakin diri jika nak beli secara online.

      Delete
  8. sy suka beli online sbb bila p pilih sndiri kt kedai sy x akan beli...hahahaha & kbykkn bj2 sy & brgan Aqil smuanya online :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuza pun banyak membeli TUDUNG secara online
      Kadang2 warna tu larik dari yang kita fkrkan.
      tapi xd hal..belasah je

      Delete
  9. beli secara on9 memng ada kebaikan & keburukan...so tepuk dada tanya hati hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Ada benda yang senang je nak beli online.
      Ada product tu payah kot nak beli online
      Tengok keadaan

      Delete
  10. Ada pro & kontra nya beli online ni.mcm sy klau rasa btl2 nk bru sy tnya hrganya.. Klau x tunggu la smpai duit ada dulu. Supaya penjual x de tertunggu2..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78