HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

30 Aug 2014

Kalau pergi rumah Uda, tak sah kalau tak ada Laksa Langat

Assalamualaikum
Salam menjelang Kemerdekaan ke 57 tahun Malaysia.
 
Hari ini nak sambung saki-baki cerita open house raya.
Pada hari ahad lepas 24 Ogos, kami telah mendapat jemputan makan-makan ke rumah Mak Uda saya di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.
Mak Uda saya bekerja di Perhebat Sungai Buloh, sentiasa sibuk dengan macam-macam urusan. Makanya di penghujung Syawal baru berkesempatan nak buat makan-makan.
 
Rumahnya terletak berdekatan dengan Sungai Congkak, tapi dukacitanya tak berkesempatan nak ke situ kerana tiba-tiba hujan lebat. Oh ya, Uda ni adik mak saya.
Mak ada 8 orang adik-beradik semuanya.
 
Hah, kalau namanya Uda...memang lah sangat suka masak laksa
Kita gang!!!
Macam-macam ada. Laksa, sate, mee kari, nasi putih ulam rending pun ada.
 
Semua anak cucunya pun ada. Memang meriah acara makan-makan raya kali ini.
Uda ni 6 orang anaknya. Tu sempat juga berposing dengan beberapa orang anaknya.
Yang berpakaian seragam tentera tu Kapten Syah Wira. Dia baru balik bertugas dari acara istiadat di KLIA berkenaan dengan mangsa MH17.
 
Kalau laksa Uda..memang best..cuba tengok anak saudara saya, Kamil Imani. Hirup laksa tak pandang kiri-kanan dah.
 
Hah, masih dapat jemputan raya tak uols??
 
Bersama anak-anak WEfie dulu sebelum keluar rumah

Rendang ayam serta ulam

Laksa dan Sate

Sate

Kuih muih tradisional pun ada.
Bersama Bonda serta adik-adik sepupu saya

Kamil Imani Mohd Nazri

Ini adik ke-2 saya. Kebetulan sedondon warna bajunya. Baju Bandung tuh
 

 


5 comments:

  1. Asslmkm kak.. Waaaa.. Rajinnya akk ke open house family.. Seronok dpt berkumpul rmai2 kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun sekali kan dapat berkumpul ramai2

      Delete
  2. Comel2..sdpnya mkanan tu Kak.aishh x blh then lapar hihi

    ReplyDelete
  3. paling menarik... makanan hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78