HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

1 Aug 2014

Nak mencuba berfesyen dress...ok tak?

 Assalamualaikum

Hari ini nak buat sharing tentang FESYEN DRESS.
Saya terpanggil untuk mencuba fesyen ni.
Saja nak mencuba sesuatu yang baru tetapi selesa.

Sebenarnya Mr Husband yang tiba-tiba izinkan saya mencuba fesyen ini.
Eh dia memang tidak izinkan saya pakai skirt bagai. Strict dia tu. Saya obey aje.
Katanya concern. hehe ..yeke?
Tak pernah kot selama kenal dia cakap JELES!! hahaha..syhh jangan bagitau dia k.
Mungkin memang betul dia tak jeles kan. Apa nak buat,huhu
Kot saya ni retis ke meletop macam Maya Karin baru le dia jeles erk? hahaha

Ok Ok Ok.
Cerita pasal dress ni.
Sebenarnya saya rasa saya ni rendah, tak sesuai pakai dress.
Rasa macam kelambu bergerak je.
Tinggi saya 160cm sahaja. So perasaan rendang tu memang terasa sangat-sangat.
 Jadinya tak yakin.

Saya ni badan jenis kurus.
Jadi apabila pakai dress rasa macam kembang tak kembang. Perasaan tu rasa macam kembang payung pasar malam uols. Rasa baju sangat lah besar dari saya.
Sian kat iouls,

Jenis dress pun agak payah nak dapat yang betul-betul sesuai dengan saya wanita bertudung. Memang lah boleh lengkapkan dengan jaket ke, cardigan ke atau pakai inner. Akan tetapi adakalanya fesyen dress tersebut agak sexy, leher luas, singkat depan, meleret di belakang. Adoi...stress mak!!

Material dress juga perlu dititikberatkan. Bagi saya yang bertudung ini seharusnya mengambil berat juga tentang material. Seharusnya elakkan material yang jarang serta perlu elakkan material yang melekap pada badan. Eh sexy u. Tak boleh.. Nehi nehi.

Sekarang apa pandangan anda secara ikhlasnya.
Ok tak saya pakai dress seperti di photo?
Jaket tu hadiah my sister, dia yang matchkan dengan dress black and white tu, Dia kata barulah nampak stylo.
Watever lah kan. TQ kepada sista saya kerana pecah kepala nak bagi akaknya berstyle sekali sekala.

Minta sangat pandangan uols sahabat Blogger sekalian komen yang dapat membantu saya dalam pemilihan fesyen dress ni k.
Earlier thanks kepada yang sudi bagi pandangan yang membina.

  

SELFIE
 
Dress Kerawang dalam RM100++
 
Modern Dress berharga RM90++
 
Beberapa koleksi dress dengan harga RM80
 
 

16 comments:

  1. lebih elok kalau dikenakan dengan cardigan panjang supaya tak nampak susuk tubuh...tak pandai sangat nak pakai dress nie..tengok orang pakai je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah...tgk orang pakai Gojes je kan

      Delete
  2. Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya..maaf zahir batin..suka pakai dress dgn cardigan yg panjang..yg penting dress tk ikut bentuk badan..

    ReplyDelete
  3. wah. cantek la kak..

    selamat hari raya ^^

    ReplyDelete
  4. Kak fuza kecik orangnye. Jd kalau pakai dress camne pun tak nampak sgt. Tp kalau nak encik suami selesa ade kardigan lawa la sikit. Btw baju hitam putih tu padan ngan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..mr Husband particular skit. Akak pun segan gak nak pakai sembarangan

      Delete
  5. Sebenarnya nak pakai apa pun kita kena berani selagi tak menampkkan aurat.. Akak cantik, pakai apa pun mesti cantik..hehe.. Ada je orang tak berapa tinggi pakai dress...comel je..hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Wanie,,,,
      hmm tu lah,,
      Yakin tak yakin je

      Delete
  6. 160 tu tinggi sikit la dari sy.. sy ni 153 ke 154 je tinggi.. nak ber dress mmng x pndai.. jenis x reti nak cari.. tapi tgk akk nampak ok je.. orng kata kalau kurus la lawa berdress.. then kena ada keyakinan.. :)

    ReplyDelete
  7. tinggi plak tu kak..sama je ketinggina kita.sesuai mengenakan dress tu.lya pun skrg tengah berjinak2 mengenakan dress :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pakai jubbah rasa macam tak sesuai sebab akak ni kurus.. rasa kembang setaman

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78