HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

11 Aug 2014

Raya ke 3 Syawal Naik Feri ke Penang Island

Assalamualaikum
Masih mood ke laut nak update blog.
Mood Raya melanda. Sakan sangat beraya.
 
Hari ini nak sambung cerita Raya Syawal kami di Penang.
Berkaitan dengan mood ke laut, makanya cerita nya nak seberang laut.
 
Oleh kerana adik-adik ipar yang lain sudah pulang ke Kuala Lumpur, maka yang tinggal hanya  kami dua keluarga dengan abah mertua.
 
Planningnya ialah ronda Penang sambil pergi berhari-raya dan balik semula dengan Jambatan Pulau Pinang ke-2.
 
Jalan raya masih jam. Nak naik feri pun sesak sakan. Dekat sejam juga duduk dalam barisan nak sampai ke kaunter tiket.
 
Bila dah duduk atas feri, siapa suruh tak  turun posingkan. Rugi aihh dok beratur panjang tadi. Snap sana sini. Monopod banyak membantu.
 
Dah setel p beraya (tak dan nak berposing masa p beraya umah sepupu Mr Husband, Hazwan), kami kebuluq aihh. Makanya Mr. Husband cadangkan kami pergi makan di tepi Pantai Seagate.
Memula memang plan nak ke Nurul Ikan Bakar yang famous tu. Tapi melihatkan keadaaan kedai yang sesak, baik jangan ambil risiko kena tunggu lelama.
Kami singgah makan di deretan kedai bersebelahan dengan kedai Nurul Ikan Bakar tu.
Sempat juga lah snap-snap gambar tepi pantai. Dah malam, so tak berapa Nampak lah rupa permandangannya.
 
Selesai makan, terus lah berangkat pulang. Kali ini bagi mereka yang lain ni merasa seberang guna Jambatan Penang ke 2.
Hah, bangga lah sekejap saya dengan Mr. Husband kerana kami pernah bertugas ni sini dulu.
 
 
Tambang Feri Pulau Pinang

Me & Mr Husband.. Titanic lah konon dok atas Feri

Monopod menjalankan tugas. Berposing di atas Feri

KOMTAR di kala senja
 
Tepi Pantai Seagate

Mereka sedang menikmati makan malam di Pantai Seagate Penang

Abah Mertua bersama my Mr. Husband
Ikan Siakap 3 Rasa


Posing tepi boat senget. Amik feel ke laut....

 

13 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah isnin..wahh..mood raya atas feri..bestnyer...salam syawal ke-15 dan maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis.
      Mood Raya lagi.
      Sana sini open house lagi :)
      Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

      Delete
  2. Best cuma rsa letih sgt sbb dh ptg bru keluarkan??klu x mmg sakan nk posing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun jenuh susun ayat pujuh supaya cancel balik KL dat day..hehe

      Delete
  3. Wahh..bestnya naik feri kak Fuza..tak pernah naik lagi nie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita p buat lawatan naik Feri

      Delete
  4. Raya ketiga di feri tuu..hik3

    ReplyDelete
  5. seumur hidup lya tak pernah lagi merasa naik feri..

    ReplyDelete
  6. <-- Orang Penang yang hanya pernah seberang Jabatan Kedua sekali dan naik feri sekali seumur hidup..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78