HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

14 Aug 2014

Rempah Kari Ali di Kepala Batas, Penang

Assalamualaikum
 
Masakan berasaskan kari selalunya sinonim dengan Penang kerana populariti Nasi Kandar.
Hari ni nak cerita tentang Kari Penang.
 
Dulu selalu juga tengok arwah Umi Mertua kalau nak masak gulai pasti ada rempah goncang. Heran juga masa tu. Apa yang digoncangnya??.
 
Ok berbalik pada cerita Rempah Kari.
Di kampung Mr. Husband, terdapat Pasar Awam Kepala Batas terletak di pekan.
Di sinilah tempat penduduk tempatan mendapatkan barang basah dan barang kering.
 
Setiap kali sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami pasti ke sini.
Apa yang ada di sini tapi TIADA di Kuala Lumpur ialah Rempah Kari Ali.
 
Apa yang menariknya, rempahnya akan dicampur dengan beberapa rempah lain untuk mendapatkan campuran rempah yang Meletops!!
Ada rempah kari ayam daging, rempah kari ikan, rempah nasi biryani,  rempah nasi daging, rempah nasi tomato dan macam-macam lagilah.
 
Anda hanya perlu memesan jenis rempah dan berapa kati/kilo anda mahu.
Semuanya akan dicampur dan ditimbang.
1/2 kati bersamaan RM15 kalau tidak silap saya. Sebab selalunya saya beli berkilo-kilo.
Balik nanti anda hanya perlu goncangkan plastik campuran rempah tadi sebelum digunakan.
 
Memang berbezalah rasanya.
Sebab itu lah macam mana cara sekali pun hangpa follow resepi anak mami di google memang tak akan dapat sama rasanya.
 
Ada siapa nak kirim rempah kari ini???
 
Pasar Awam Kepala Batas
 
Beratur di kedai Rempah Kari Ali, Kepala Batas, Penang
 
Rempah Kari Ali, Kepala Batas, Pulau Pinang
Rempah Kari Ali dicampur dan ditimbang


 
 
 


13 comments:

  1. belum singgah lagii sini...jauh dari tempat saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak buat Online Business Rempah Kari. Ok tak?? hehe

      Delete
    2. ok je kak
      nk p sana jauh ..huhu

      Delete
  2. mmg sedap kari klau pakai rempah dia.dr dl abg sulung sy klau blk beraya msti beli rempah ni bw blk Johor.tak sama mcm rempah dlm paket2 biasa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...dia tak sama dengan rempah yang dah siap2 packing tu.

      Delete
  3. Setuju sgt kalau kak fuza buat jualan online. Fuh. Teringin gak nak merase kari yg sedap cam akak ckp tu. Hehe

    Tgk pun da tau. Ni la rupenye kari ori. Sebab dia campur2 then goncang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan di fikir2kan tentang business online tu :)

      Delete
  4. memang unik la kak..tak pernah dgr sblm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kari meletop dari Penang Lya :)

      Delete
  5. Replies
    1. Nak cerita tak reti..tapi memang lain

      Delete
  6. Kdng2 kita dh msak cara yng sama.. Tp sbb pengunaan rempah yng berlaian, jd rasanya pun akn lain..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78