HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

5 Aug 2014

Salam 1st Syawal 2014

Assalamualaikum

Hari ini baru berkesempatan untuk mengemaskini blog.
Tajuk yang hangat sekarang ialah berkenaan Hari Raya.

Alhamdulillah, tahun ini saya berhari raya di Penang, iaitu kampong mertua.
Sepatutnya tahun ini giliran saya berhari-raya bersama ayahbonda saya.
Namun atas sebab-sebab tertentu, program bertukar.

Pada tahun ini, kesemua adik beradik Mr. Husband berhari raya di Penang.
Kecuali Nurul kerana kesihatan yang tidak mengizinkan serta Akmal yang berhari raya bersama Mamanya yakni Makcik Hasiah. Oh ya Makcik Hasiah ni isteri ke-2 ayah mertua saya.

Hari raya kami serba sederhana.
Walaubagaimana pun juadah raya tetap disediakan walaupun tahun ini tahun ke 5 berhari raya tanpa arwah Umi mertua. Kalau Arwah ada pasti ada ketupat daun palas.

Nak cerita banyak takut uols boring.
Jom layan gambar Hari Raya Aidilfitri 2014 di pagi 1st Syawal.
Berbekalkan camera handphone I-Phone 5S serta Camera Nikon Coolpix P330 banyak juga kenangan yang  dapat dirakamkan. Biarlah orang nak ngata "Apa kelas guna camera kecik!!"


Aidilfitri 2014 Tema Hijau Mint Prada Lace buat saya dan Aina


Abah mertua bersama anak-anaknya



Gambar Keluarga Haji Abdullah Mustafa
Menu 1st Syawal Nasi Impit, Rendang Tok Walia, Kuah Kacang, Lemang, Mee Hoon Goreng, Masalodeh dan Nasi Goreng
Anakanda bermaafan dengan abahnya
BerSELFIE di pagi Raya

Saya bersama biras, Tini dan anakanda Aina memilih Lace Prada untuk gaya pagi Syawal

Bersama Chekgu Azrine, Biras, Salwa serta adik-adik sepupu, Zati, Ekin dan Anis
Bersama Mak Tiri..garang tuh..tengok je baju dia merah nyala..haha.
Ni blogger Chekgu Azrine. P lah visit blog dia k. Peramah orangnya.
Baju Lace Prada Tudung Sara Ruffles Jelitasara

Apabila adik-beradik Mr, Husband bermaafan di pagi raya.
Adli Lutfi, Zabri Adil dan Mohd Amir
Selfie lagi dengan anak saudara Amirul serta biras Ini Kartini Kosnin




16 comments:

  1. Asslmkm kak.. Waaa.. Meriahnya.. Sempat lagi berselfie.. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Riuh rendah sekali sekala berjumpa

      Delete
  3. selamat hari raya kak maaf zahir batin...ahkak, iphone 5s kelassss ok??? gambar pun cantik jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidilFitri Farah
      Aloh, bebiasa aje
      Xd modal beli DSLR
      Bila nak gathering raya ni?
      Ajak Sally 😉

      Delete
  4. Cantiknye k.Fuza. Ayu ngatt. Hehe. Selfie di hari raya. Comel2 semuanye. Keh3.

    ReplyDelete
  5. meriahnya raya akak..yg pnting dpt brkumpul ramai2 tu yg paling seronok

    ReplyDelete
  6. Haha.. selfie tu kena ada xD

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78