HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

22 Aug 2014

Siri Berhari raya di Lembah Kelang

Assalamualaikum
Masih ada saki-baki cerita Raya ni.
Kali ini cerita di Selangor pula.
 
Musim raya kali ini saya hardly gerak ke mana-mana Open House.
Kerana Mr Husband telah pun pulang bertugas di perantauan.
So nak simply kesana kemari tu memang agak terhad.
Sat g orang kata "Amboi...laki tak dak dia merelar..." .." Amboi...aurat muhrim tak jaga"
Tak larat aihh nak dengar cakap orang.
Makanya saya menjaga diri sendiri sebaiknya. InshaAllah.
Apa-apa outing pasti dengan ayahbonda ataupun adik-bradik saya.
 
Ok back to cerita beraya.
Setiap tahun pasti akan mendapat jemputan dari Azam dan Liza.
Sahabat semasa  Higher Diploma (program Yayasan Selangor) dulu.
Setiap kali jemputan Azam dan Liza ni, pasti ada aje halangan.
Makanya tahun ini, baru berkesempatan saya sekeluarga beraya ke rumah mereka yang terletak di 1 Sentul.
 
Liza memang suka memasak. Macam-macam juadah dia masak. Katanya seronok kerana sahabat handai dan saudara mara nak datanh.
 
Oh ya, Azam ni dah macam anak angkat kepada Mak saya.
Azam baru kematian Bondanya. Ayahandanya telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. So Azam ni selalu lah menumpang kasih family saya. Kami dah macam adik beradik.
 
Selain berhari raya ke rumah Azam, saya ada juga ke rumah makcik pakcik. Tapi tak sempat pula nak snap-snap gambar.
 
Seterusnya saya ke "Kenduri Raya". Yang ni kenduri di rumah Abang Sepupu saya, Abang Mokhtar (Belah Abah, Kuala Selangor) di Taman Selasih. Ramai jugalah saudara-mara yang berkumpul.
Kira sambut Raya sekali. Meriah sekali sekala berkumpul. Macam nak meletop suasana apabila sesekali bersidang.
 
Saya juga sempat mengunjungi rumah abang sepupu saya, Abang Sarif (Belah Abah, Kuala Selangor) di Sunway. Disini ada macam-macam juadah yang disediakan. Yang penting ada laksa!! Sebab tu tak banyak gambar saya posing..hahaha
Eh sempat berposing dengan cucu saudara je. Ada ler sekeping gambornya.
 
Cerita beraya lagi? Tunggu entry seterusnya. InshaAllah wekeen ini nak ke rumah Abang Sepupu dan ke rumah Mak Uda. Kira penutup raya.
Di mana? Ok tunggu entry nanti k.
 
**Tengah selak-selak lemari cari baju berlampu labuci sakan nak pakai nanti!!
 
Berhari raya ke 1 Sentul
Bersama sahabat sekelas Higher Diploma, Azam Alias, juga bonda ku dan Aina
Juadah Open House


Roti Jala dan Kari meletop
Tuan Rumah Liza Azam

Saya dan anak-anak serba pink belacan
Shawl dari JELITASARA. Next entry baru cerita lanjut k

Bersama kakak-kakak sepupu saya..Semuanya senior uols.


Nasi Hujan Panas.
"Ku sangkakan panas sampai ke petang..Rupanya hujan sejak subuh"
 
Berhari Raya ke rumah Abang Sepupu saya di Sunway.
Anak-anak bersama dengan adik lelaki saya, Cikgu Shahir tak pandang kiri kanan dah!! Sila makan

Ok ini cucu Abang Sepupu saya, Makanya Huda ni ialah CUCU saya. Percayalah!!


10 comments:

  1. Asslmkm kak.. Waaaa.. Meriah juga raya akk ye.. Sy xde kemana pun.. Skrng blik kmpng je. Tu pun xdan nak jalan2..

    ReplyDelete
  2. u..kalau tkde baju liplap2..pakai lampu liplap2 pun okeh..
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..ingat nak pinjam hat u ..meletops lip lapnya tuh..hehe

      Delete
  3. Ada lgi rupanya last open house..kat cne sunyi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah..terlajak pulak sambutan Raya nya :)

      Delete
  4. tak lambat lagi kan, nak cakap, selamat hari raya akak! maaf zahir batin ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh masih awal :)
      Yang penting ingatan tulus ikhlas
      Salam AidilFitri :)

      Delete
  5. Replies
    1. hhahaha..dan dan x ngaku NENEK!!

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78