HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

2 Sep 2014

Apabila Alif tak sihat serta merta ke Assunta Hospital

 Assalamualaikum
Pagi ini bersiaran langsung terus dari Hospital Assunta.

Pagi semalam 1 September 2014, Alif tiba-tiba demam.
Saya berikan dia ubat demam.
Ubat demam tu baru je ambil dari klinik semasa nak balik kampong berhari raya. Kiranya ubat spare kalau-kalau demam di kampong. Yelah klinik jauh dan payah nak cari yang 24 jam di kampong.

Ok..setelah saya berikan ubat demam tersebut, Alif lena. Sambil tu saya lap juga kepala dan badannya untuk mengawal suhu. Legalah sebab rasa badannya dah back to normal.

Dalam pukul 3 petang Alif bangun.
Muntah!!
Bukan sekali dua..tapi dah masuk 4-5 kali.
Terus saya bawa dia ke klinik berdekatan.
Semasa di Klinik, nasiblah tak ramai pesakit, terus je dapat berjumpa dengan doctor.

Selepas pemeriksaan doctor, didapati demam Alif agak tinggi.
Tonsilnya pulak bengkak.
Batuk-batuk pun dah mula.
Dan muntah-muntah tadi dah mula membuatkan dia dehydrate.

Doktor berikan beberapa ubat-ubatan.
Namun saya telah meminta agar doctor memberikan surat rujukan agar saya dapat membawanya ke hospital.

Sesampai kami di Assunta Hospital, Alif muntah lagi. Terus dia di bawa ke Emergency Department. Kata doctor dia perlu di tahan supaya tak dehidrasi kerana muntah-muntah.
Sample darah telah pun di ambil untuk membuat pemeriksaan Demam Denggi, Viral atau pun bakteria.

Menurut Doktor di klinik tadi, dia menasihatkan saya agar membawa Alif bertemu dengan pakar. Katanya Tonsil Alif tu perlu dibuang kerana tonsil yang mudah membengkak tersebut akan mengganggu kehidupan harian Alif.
Waduh..waduh..risau pulak dengan kan.
Apa pandangan sahabat sekalian berkenaan dengan perkara ini??

Proses Admission was superb. Kami tidak perlu menunggu lama.
Terus masuk ke wad. Alhamdulillah, dengan menggunakan insurance company husband, Alif entitle Single Room. Selesa lah skit saya nak menunggu Alif nanti.
Oh ya, untuk proses tersebut, refundable RM200 perlu dibayar terlebih dahulu.

Hah, semasa ke sini saya di temani oleh abah saya serta Aina.
Bagus Aina, jaga Abang Cik dia sungguh-sungguh.
Nampaklah dia perihatin dengan Abang Ciknya.
Alhamdulillah.
Tq juga kepada Abah yang sentiasa ada dengan saya dan anak-anak kerana Mr Husband saya bekerja di perantauan. Bukan boleh senang-senang nak balik ikut suka hati.

InshaAllah, mohon teman-teman semua doakan yang terbaik buat Alif.
InshaAllah saya juga kuat menghadapinya.
Doa kalian yang memberikan semangat kepada saya untuk mengharungi semua ini.
Amin.
 
 
Alif semasa di Klinik berdekatan rumah

Ubat-ubatan dari Klinik

Refer Letter untuk Alif

Alif masih muntah-muntah semasa sampai di Hospital Assunta

Emergency Room Assunta Hospital

Line drip dah pun dipasangkan. Alif Nampak lemah
 
Admission Counter Hospital Assunta

Single Room. Alhamdulillah, ada katil untuk maknya juga

Alif, moga cepat sembuh k.



9 comments:

  1. Lya doakn moga Ank akak cpt sembuh..sbr ya Kak dgn dugaan ni

    ReplyDelete
  2. Semoge dipermudahkan segalanye..sian Alif.. Harap2 Alif cepat la sihat. Take care. :)

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..moga anak fuza cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya..anak tak sihat memang buat ibubapa tak keruan...semua ni dugaan..berbanyak-bnyak sabar ye fuza..

    ReplyDelete
  4. alif...cepat sembuh ye..cepat blh oleh kua hosp..

    ReplyDelete
  5. dah mcmana keadaan alif sekarang?

    ReplyDelete
  6. Allahuakhbar.. Dugaan bila ank x sihat, suami pula jauh.. Moga akk sntiasa kuat..
    Moga ank akk kuat dan cpat sembuh..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78