HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

16 Sep 2014

Bunga Raya Bunga Kebangsaan Malaysia

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September 2014
Banggalah dengan bunga tempatan tanahair kita.
Pelbagai warna Pelbagai rupa.
 
Yang ini terdapat di halaman rumah jiran saya.
Cantik mekar kena pada HARI MALAYSIA.
 
Bunga Raya, Bunga Kebangsaan Malaysia
 
Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.
 Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Sumber Maklumat WIKIPEDIA

 

5 comments:

  1. selamat hari Malaysia sis :)

    ReplyDelete
  2. Kat kg lya pun byk tanam bunga raya ni

    ReplyDelete
  3. rumah akak ada bunmga raya yang hujung diakat debunga tu pun ada bunga raya jugak..tapi kecik je..memang cantik..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari Malaysia kak fuza. :) bunga raya sgt cantik di tanam di laman rumah. Jenisnye pun tak susah di jaga.

    ReplyDelete
  5. selamat hari malaysia kak..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78