HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

8 Sep 2014

Kejutan Fantasi ke Realiti? Thank you dear...

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Hampir beberapa hari saya tidak BW.
Bukan lupa kawan-kawan.
Bukan pergi bercuti.
Tetapi sibuk dengan hal anak-anak yang lepas sorang demi sorang demam.
 
Ok itu sebahagian dari cerita.
Pada Jumaat 3hb September, saya keluar ke Assunta untuk mengambil beberapa ubat Alif yang pihak hospital terlupa nak bagi.
Sejurus selesai hal tersebut, saya terus pulang ke rumah.
Sesampai di rumah, saya hanya fikir nak mengemas kerana telah pun 3-4 di hospital.
Tak dan nak mengemas.
Ni Aina pulak dah mula demam dan muntah-muntah. Kalau teruk ni memang langsung je bawa dia ke hospital.
 
Sedang saya dok sibuk fikir apa nak buat sambil menuju ke bilik, tiba-tiba saya ternampak sling beg yang memang tidak lain dan tidak bukan....Iye!!! Milik Mr. Husband saya!!
 
Surprise!!!!!!!!!!!!!!!!
Dia datang meluru dari arah belakang dan membuat kejutan.
Subhanallah.
Bila masa pula dia ni sampai? Macam mana dia ni balik? Eh kenapa aku tak tau??
Macam-macam terlintas di dalam fikiran.
Hahahaha...kuang asem!! Saya memang terkejut.
 
Oh ya..untuk yang baru mengenali saya, Mr. Husband saya bertugas di luar Negara. Sepatutnya dia TIDAK DIBENARKAN pulan ke Malaysia kerana permit pekerjaannya hampir tamat.
 
Katanya, dia meminta kebenaran untuk pulang kerana kerisauan yang amat melampau apabila kedua-dua anak kami demam yang merisaukan.
 
Eh mestilah happy dia balik kan. Isteri mana yang tak seronok. Tak macam uols, suami sentiasa ada disisi. Bersyukur ye uols.
 
Ok..Mr. Hubby memang pandai ambil hati.
Dia risau saya membebel kerana balik ke Malaysia senyap-senyap, makanya dia telah pun membelikan saya minyak WANGI kegemaran saya dari LANCOME.
Eh..eh...ada hadiah tambahan.
Handphone Z3. Alhamdulillah. Selain itu ada juga hadiah JAM G-SHOCK Purple. Wow memang dia sudah faham yang saya peminat tegar purple.
Tetapi banyak bebeno hadiahnya. Apapun syukur sangat dengan rezki ini.
 
Ya Allah..aku bersyukur dengan segala kesenangan, kegembiraan dan ketenangan hati yang Engkau telah kurniakan. Alhamdulillah.
 
Hah..tujuan pulang ke tanahair memang untuk anak-anak.
Aina yang dah mula lemah, demam dan muntah-muntah tu terus je segar apabila nampak abahnya. Eh terus sihat nak ke Paradigm!!
 
Thank you to my dear hubby kerana kasih sayang serta ingatan terhadap kami.
Kerisauan dia kerana takut saya tidak dapat mengawal keadaan seorang diri untuk menguruskan anak-anak.
 
Z3, G-Shock Purple Perfuma LancĂ´me hadiah kejutan

G-Shock Purple


Anak Abah...Aina yang masih demam manja dengan abahnya

Window Shopping di Paradigm Mall

Thank you so much for your love and care
 

15 comments:

  1. bertuah badan..bestnya dapat hadiah camtu...slalu dapat hadiah minyak wangi..mesti Fuza sentiasa wangi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha
      Tergelak baca komen akak
      Wangi bau garam kunyit. Dok memasak ni.
      Dulu dia suka belikan bunga. Fuza kata bukan leh makan or long lasting.
      Sejak tu dia akan belikan perfume
      (Konon2 macam #IndahZen dalam #KeranaTerpaksaAkuRelakan

      Delete
  2. Untungnya dia...tahniah fuza..

    ReplyDelete
  3. wa best la dapat hadiah...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya siapa yang xsihat erk?
      Maknya yang overkan
      Hahaha
      Syukur dengan rezki ini

      Delete
  4. Alhamdulillah..mesti hepi kan kak fuza. Dapat suprise dari encik asben. Yeayy! Bestnyee.. Tu Aina demam rindu kot. Tapi skrg macam memang musim demam. Budak2 uma ana pun demam muntah2. Risau denggi je. :) btw jeles akak dapat Z3 tuu.. Smartphone power tuu.

    ReplyDelete
  5. kekeke...nama pun surprise...mau tak hilang penat terus senyum kan...kekeke...alhamdulillah kak..seronok sally tgk family akak :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...yang penting ingatan suami pada isteri serta abah pada anak2nya kuat walau jauh diperantauan....sweet nyerr....^_^

    ReplyDelete
  7. Lompat bintang la hang Fuza...:) sekali sekala suprise ni best gak kan..

    ReplyDelete
  8. rezeki.. syoknya dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  9. wah sweetnya husband akak...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. Wahh...tahniah Sis dapat bnyk hadiah dari En.Hubby.....Diana 13hb ni hari lahir Diana...tak tau ada suprise ker tau tak...harap2 adalah...hehe

    ReplyDelete
  11. Bertuahnya akak dpt suami sebaiknya alhamdulilah

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78