HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

6 Sep 2014

Loom Bands untuk anak-anak ke emak-emak??

*Sambungan entry terdahulu*
 
 Saya ke KLCC ni bukan lah untuk shopping ke apa.
Sebenarnya saya ke sii untuk mencari bahan anyaman yang menjadi fenomena masa kini, iaitu LOOM BANDS.
Entry terdahulu berkenaan Loom Bands KLIK SINI
 
Sebenanya merata tempat menjual benda alah ini.
Saya ke Isetan pun ada jual, Saya masuk Parkson pun ada jual, Saya ke kedai buku Kinokuniya pun ada.
Hahaha..kemaruk kan.
 
Yang sibuk membelinya semestilah emak-emak kan. Tak kan nak biar anak-anak pula merayap pergi membeli. Dalam masa yang sama saya dapat lah kenalan semasa membeli Loom Bands ni. Yelah, saya ni depa kata peramah orangnya.
 
Kata Akak sorang ni "Akak kesian tengok anak akak nak beli siap kena booking dengan Babu Aiskrim kat sekolah. Tu yang akak tolong beli. Sekarang akak pun dah terer ngaitnya. Join sekaki"
 
Kata Akak lagi sorang ni pulak "Hah..memang macam-macam ragam . Akak sebenarnya teman kawan akak ni membeli,tengok ni...bekas ni boleh buat isi kerongsang kalau dah habis musim getah ni"
 
Sampai di rumah, ahli-ahli mengait dah get ready rupanya. Hah ketua darjahnya ialah adik bongsu saya, cHun. Segala macam jenis design dia selongkar. Siap buat kelas tu.
 
Sekarang kawan-kawan terdekat dah mula nak tempah.
Kami terpaksa kenakan harga tapi pastilah yang berpatutan.
Kalau yang pos tu kenalah caj pos sama kan. So meh order banyak-banyak.
 
Siapa nak order?
 
Bekas Loom Bands yang boleh berubah menjadi bekas isi kerongsang kelak.

Pelbagai jenis aksesori Loom Bands di pasaran

Yang ini warna nya akan berubah kalau di bawah cahaya matahari katanya

Antara koleksi Loom Bands saya
Antara design baru yang berjaya kami pelajari.

Latest Loom Band design

Inilah dia Master Sifu Loom Bands, cHun.






 

18 comments:

  1. Assalamualaikum dan singgah sini Sis...cantiknyer Loom Band Sis...kreatif sangat...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kak...serius saya xtaw pe benda menatang loom bands ni.. ketinggalan juga rupenye saya nih. Mase raye hari tu ade sepupu saya yg kecik lg bru darjah 1 kot buat benda ni..siap jual lagi. Trending eh skang loom bands ni? Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tak baru... kiranya masa bulan puasa hari tu melandanya..hehe

      Delete
  3. Amboi.. Ade kepala dia disitu. Hehe. Mmg tren ni kan skrg. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ketua Darjah..hehe
      Haah tengah musim ni

      Delete
  4. Amboii.. Siap ada tmpahan lg bnda ni ye kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tu..xlarat kot nak layan ambil tempahan

      Delete
  5. loom bands tu cam tali getah biasa tu ke hee :) first time tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..macam getah biasa tu cuma yang ini ada warna-warni

      Delete
  6. ooo...kalau Acik jumpa kat kedai ni, sah-sah la Acik buat ikat barang.Nasib baik kongsi info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA
      Hat ni tak leh buat ikat barang, sebab kecik aje getahnya

      Delete
  7. Blh meniaga dgn looom band ni kan memg comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kreatif siapa yang pandai anyam tu

      Delete
  8. Kann...Fuza...sekarang Ummi depa kena belajar buat juga..(mode : kena paksa)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78