HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

11 Sep 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html
 
Dengan jejari-jemariku yang agak ketaq, Fuza dengan ini memulakan menjentik-jentik keyboard untuk join segmen yang dianjurkan oleh blogger yang fofuler dan dikenali ramai tak lain dan tak bukan Bro BEN ASHAARI.
Selalunya memang follow cerita beliau di blog mahu di Facebook.
Segan aihh rasanya nak ping blogger hebat-hebat ni.
Tapi nak juga join kat sini, sembang-sembang santai.
 
 
Latar Belakang Saya.
  
Fuza - Berjawatan Housewife sejak resign pada11.11.2011 setelah 13 tahun menjawat jawatan di bidang HR dan Sekretarial. Terpaksa melepaskan jawatan tersebut demi anak-anak yang membesar kerana Mr. Husband ditugaskan ke Luar Negara demi mencari nafkah keluarga. Berumur 39 tahun, ibu kepada 3 orang cahayamata, lulusan dalam jurusan Perniagaan; Rendah diri, happy go lucky, sensitive, sedia mendengar luahan sahabat dan suka SELFIE.
 
Pada 16 May 2012 wujudlah blog Sulaman Lace Heaven ini kerana terasa sunyi sepi tanpa teman-teman seperti semasa bekerja. Menjadi surirumah juga perlu peka dengan dunia luar.Di situlah bermulanya aktiviti menulis blog ini. Mencari sahabat di dunia blog. Sambil-sambil berkongsi cerita umpama Diari Eletronik.
 
 
Kelebihan Blog Sulaman Lace Heaven 
 
Dari nama blog ini "Sulaman Lace Heaven" mungkin anda dah boleh meneka bahawasanya blog ini berkaitan dengan kain sulam dan lace.
Iye, ilham menamakan blog ini terlintas untuk saya gunakan apabila Mr. Husband menggalakkan saya untuk menjalankan aktiviti jualan kain sulam dan lace secara ONLINE. Makanya BLOG adalah salah satu medium yang saya gunakan untuk mempromosikan barangan tersebut.
Pelbagai design fabric terbaru saya iklankan disini. Kain Telekung Travel, Kain Sulam, Kain Lace, Kain Tudung Shiffon Lace, dan macam-macam lagi. Selain itu sampingannya saya juga tolong belikan Kek Kartika Sari buat mereka yang ngidam sakan nak merasa tu.
 
 Alhamdulillah, bukan keuntungan lipat ganda yang saya kejar. Niat saya ialah untuk membantu mereka-mereka di luar sana yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan product-product tersebut. Setakat ini saya sudah ada regular customer untuk kain-kain sulam lace serta barangan lain. Semoga sokongan anda akan menguatkan lagi semangat blog ini.
InshaAllah.
 
Selain itu, kelebihan blog ini juga ialah sentiasa berkongsi maklumat tentang apa sahaja yang terlintas untuk di war-warkan. Contoh entri yang sentiasa mendapat perhatian ialah resepi, tempat makan yang sedap serta tempat melancong di Bandung-Jakarta. Semua cerita saya kongsikan melalui pengalaman sendiri. Ada beberapa yang dari sahabat handai, pasti saya nyatakan.
 
 
 
 
Impian sebagai blogger
 
Setelah 2 tahun di dalam dunia blog ini, masih banyak yang perlu saya pelajari.
Masih banyak yang compang-campingnya.
Terlalu kerdil blog ini untuk menerima apa-apa ganjaran.
Walaubagaimanapun dikesempatan ini ingin saya ucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang sentiasa menyokong blog ini sehingga mula dikenali hingga ke tahap hari ini.
 
Namun begitu harapan dan impian saya ialah agar blog SULAMAN LACE HEAVEN ini akan bakal popular dikenali sinonim dengan dunia fesyen khasnya.
Gah sungguh mimpi saya itu.
Semoga mimpi menjadi kenyataan.
Amin.
 
 
Tarikh tutup
Penyertaan dibuka pada 11/9/2014 , jam 8 malam
 
Kepada anda yang ada blog, silalah join, Sambil berkenalan sesama kita

48 comments:

  1. Salam perkenalan kak Fuza.
    Tinggi impian tu, tapi nothing impossible kan. Moga jalan untuk mencapai impian akak bersama blog Sulaman Lace Heaven ni dipermudahkan lah ya. Ameen.

    Salam perkenalan daripada saya -- Alieff.
    http://alieff-artwork.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...
      Alhamdulillah..salam kenalan.
      Study smart k :)

      Delete
  2. Hope impian kak fuza jadi kenyataan! Aminnn.. Btw selamat bersegmen kak. ^_^

    ReplyDelete
  3. salam kenal dari segmen..follow you yeahh!^^
    http://www.errakyra.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impianku-seorang.html

    ReplyDelete
  4. semoga impian nya tercapai..

    ReplyDelete
  5. semoga apa yang diimpikan menjadi realiti..

    www.mamaniza.com

    ReplyDelete
  6. Semoga impian kak Fuza tercapai..Chaiyok!

    ReplyDelete
  7. Semoga impian kak Fuza tercapai..Chaiyok!

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah..kalau niat ikhlas Allah makbulkan..
    amin.. =) semoga berjaya cik Fuza..
    dan gud luck utk segmen abg ben ni ^_^

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Tq..
      Semoga kamu pun Berjaya mencapai impian

      Delete
  10. Kak fuza...semoga terus succes dalam hidup dan dunia blogging...semoga blog kak fuza terus dan bertambah success...insyaAllah...

    ReplyDelete
  11. ya allah kak,sy tak teringat yang akak ada bisnes..kalo taw awal2,lama dh sy berurusniaga dengan akak,..insha allah,kalo ada rezeki,..n permintaan ,nnti abad roger akak..hrap akak terus maju dlm kejaya akak sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....Akak buat kecilan aje...

      Delete
  12. All the best sis..

    Kathy dah tukar link blog. Jom singgah..

    kathyrbain.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas Khaty..
      Keep up the good work k

      Delete
  13. Moga impian akak trcapai lya pun cukup gembira dpt berkenalan dgn akak walaupun kita hanya Knl d alam maya

    ReplyDelete
  14. Balas kunjungan. Dari segmen yang sama. :)

    http://ceritaejoy.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari.html

    ReplyDelete
  15. moga 1 hari nanti akak dapat kembangkan lagi hasil perniagaan online ni.. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...Tq atas doa dan sokongan tu

      Delete
  16. Semoga impian menjadi kenyataan. InshaAllah

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum... datang daripada segmen yang sama, suka dapat berkenalan dengan anda : Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

    mselim3

    ReplyDelete
  18. Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama.
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  19. Semoga impian Sis terlaksana...dn semoga berjaya...

    ReplyDelete
  20. Weeee... DayangDeno datang dan terus folo sini no1019..^_^ Jom ke blog DayangDeno? :)

    www.dayangdeno.com

    ReplyDelete
  21. ayu datang dari segmen yang sama.. ada masa singgah la ke blog ayu ye... boleh nanti follow sekali blog ayu...tq..

    semoga impian awak tercapai...

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  22. Semoga terus berjaya di dalam dunia online dan dunia blog Malaysia.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  23. singgah sini

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78