HOME DASHBOARD NEW ENTRY FACEBOOK FANPAGES INSTAGRAM SULAMAN LACE HEAVEN
Description
Blog personal santai disamping mempromosi bahan fabric sulaman terbaru dari Indonesia yang berdaftar dibawah AF DELIMA ENTERPRISE SA0285666-U

13 Oct 2014

Berkebun bercucuk tanam berbudi pada tanah

...Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
 
Ceriakan hari anda sesegar bunga-bunga di taman nan indah.
Ceewah....bermadahlah pulak.
 
Ok sebenarnya nak share tentang hobi baru saya.
BERKEBUN
 
Hah percayalah.
Semangat berkebun datang secara tiba-tiba apabila melihat tanaman di laman orang bukan main segar bugar. Ok sebenarnya,  masa balik ke Penang baru2 ini, terpandang pada bunga-Bungan di laman rumah Tok Mertua.
Cantik-cantik semuanya. Tambahan pula berwarna Ungu.
Memang Iols is tergoda!!
Makanya saya telah mengambil sedikit pokok tersebut untuk dijadikan benih.
 
Sampai sahaja di KL, terus bergegas mencari pasu, Tanah hitam, alatan berkebun serta Baja bunga. Lengkaplah segala alatan berkebun saya. Dah macam nak tanam pokok Kelapa Sawit berekar-ekar..hahaha.
 
Semoga pokok-pokok tersebut akan mekar indah seperti tanaman asal yang di kampung tu.
Kalau Berjaya lepas ni boleh teruskan tanam pokok-pokok keperluan harian memasak seperti pokok kunyit, pokok pandan, pokok cili, pokok kari dan macam-macam pokok lah.
Fuhhh..dah macam pasar tani pulak gayanya. Semua nak ditanam. hehehe
 
Oh ya, semua benih-benih pokok bunga yang saya ambil dari kampong tersebut saya tanam di dalam pasu supaya senang nak di alih pindah randah.
 
Kita tunggu update seterusnya (Sebulan dari sekarang). Harap-harap tangan saya ni sejuk untuk bercucuk tanam.
Amin.
 
Pokok bunga Ungu
Pokok Bunga Mekar Pagi


Benih Pokok Bunga


Pasu Bunga perlbagai size
Alatan Berkebun


Tanah Hitam Berbaja
Kebun Mini in the making

 

22 comments:

  1. Comel nyeee purple tu, wiwiwi peminat purple dtg~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya kerana Bunga Purple tuh
      Hehe

      Delete
  2. Slh satu hobi lya juga ni

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam, wah semangat adik kak ana nak berkebun ni, siap pilih pepel juga ye, ikut tema dan fav kaler dia hehe..all the best Fuza, Insyaa Allah boleh tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kerana Purple tu ler saya tanam Kak..
      hehe

      Delete
  4. Salam singgah pagi sis...selamat menanam bunga sis...cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga menjadi kebun ni
      Tunggu yer

      Delete
  5. bila dh berbunga lglah rasa puas kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsabar ni
      Rasa nak boh baja selalu
      Hehe

      Delete
  6. Sambil berkebun sambil keluar peluh = hidup sihat :)

    ReplyDelete
  7. Tak sabar tunggu hasilnya. Mesti cantik. Rasa macam kat musim autumn. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe harap menjadi
      Doa banyak2 ye

      Delete
  8. hehe insyaAllah kalau tgn sejuk dia boleh tumbuh.sy lak tanam pokok gaharu jer..pokok bunga tu xbyk sgt kat umah :)

    ReplyDelete
  9. rajin nya..mesti cantik je nanti bila dia berbunga..:)

    ReplyDelete
  10. mak CT suka berkebun. CT malas tapi bila dah berbunga sebuk jugak nak amek port

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok kalau kebun jadi..leh jadi pot SELFIE hehehe

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen anda.

Love:
Fuza Musa

 

Belong ToSulaman Lace Heaven | Designed All Reserved By KathyR’bain78